HEYYYY!!! Follow me!

Showing posts with label Be Tough. Show all posts
Showing posts with label Be Tough. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Homesick ='(

Seriously..


I want no other..


Except..


My Ummi..


Umi, I miss you.. lot.. and lot...='(
err.. i mean, UMMI! not ende..--"

Sunday, March 18, 2012

Bangun dan Senyumlah!!

Ada sesuatu yang berlaku pada Hanum semalam yang buat Hanum menangis tak henti. Sekarang masih menahan. Jujurnya, menangis bukan kerana kehilangan tetapi kerana marah yang amat. Beribu sesalan yang singgah. Bukan kerana perpisahan yang berlaku, tetapi kerana pertemuan yang berlaku.. 


 

Dunia kejam.. itu yang sering Hanum katakan sejak semalam. Tapi sedar tak sedar, sebenarnya, Allah tengah didik Hanum. Satu benda yang boleh buat Hanum mampu untuk tersenyum.. Hanum tak selemah dia! Hanum tak sebarkan masalah Hanum. Hanum mampu berdiri sendiri. Ya, Hanum tak ada kawan untuk menyumpah seranah dia. Hanum tak ada kawan untuk backup Hanum. Hanum tak ada kawan untuk cerita semua. Tapi, Hanum ada kekuatan untuk lalui semua ni sendiri. Itu yang Hanum banggakan. Biar orang kata ego, pada Hanum itu bukan ego, itu TARBIYYAH! Dan Hanum yakin, jalan Allah itu lebih bahagia.

Ini ujian pertama yang Allah bagi untuk Hanum sebagai seorang dai'e insya Allah. Dan Hanum mesti lulus ujian ni! Hanum mesti kuat menentang anasir-anasir yang sibuk memperjuangkan yang batil. Hanum mesti terus bangun dan terus senyum! Allah bersama Hanum. Selagi mana Hanum di jalan Allah, pastinya tiada yang susah buat Hanum, Insya Allah.

84d5a624520dcf5887d6cea_large
Mereka kata.. berlapang dadalah dengan setiap perkataan yang dikeluarkan.. senyumlah dengan setiap fitnah yang dibuat.. Bangunlah dan ingatlah janji Allah. Percaya pada Allah, urusan akan menjadi mudah yang amat. Maka Hanum.. mulakan hidup barumu.. Dan bangunlah.. teruskan tersenyum.. Kerana senyumanmu itu mampu membunuh tuduhan-tuduhan mereka. Insya Allah.. Allah bersama kamu.. Maka.. Bersemangatlah!!

 

Monday, March 5, 2012

Sorry March..My Bad..

Dear March,
I am very sorry for not welcoming you. It's been 6 day since you came. So sorry! So, today, im gonna pay it
back.

So here we goes.

WELCOME MY DEAREST MONTH!

So, kenapa DEAREST? Kenapa macam excited?

Sebab...

Bulan ni ada 2 tarikh penting untuk Hanum. 1 birthday umi Hanum and 1 lagi birthday Hanum. Umi lahir 26 Mac, Hanum pulak 29 Mac. Kalau sekarang Hanum kat Malaysia, mesti Hanum sambut sekali dengan umi. Rindunya.. Biasanya diorang sambut birthday Hanum masa birthday Umi. Mulanya memang Hanum kisah. yes, sama macam apa yang korang fikir.. Tak bestnya! Tak ada feel lah..

Tapi lama-lama, Hanum rasa sangat beruntung!! Sebabnya, Hanum sambut dengan umi Hanum. Hanum lahir dekat sangat dengan tarikh umi lahir. Ingat senang ke? And Hanum selalu terbayang, mesti masa umi mengandungkan Hanum, nak bersalin tu, mesti pernah lah sekurang-kurangnya sekali, umi terlintas nak lahirkan Hanum masa hari lahir dia. Tapi, tak dapat. Dalam masa yang sama, Hanum still fikir, kesian umi.. Dahlah mengandungkan Hanum masa Ramadhan (memang tak payah puasa tapi kena ganti!), lepas tu masa birthday dia pulak tu. Kesian dia tak dapat nak bersuka ria.

Tapi, semua rasa serba salah tu hilang sebab Hanum rasa, Hanum adalah hadiah dari Allah untuk umi sempena birthday umi. Hihi. Hanum cakap sendiri. Bukan umi. Macam angkat bakul sendiri je. Kisah apa Hanum. Anak tu rezeki yang paling besar Allah bagi untuk hambanya. So, masa birthday umi, Allah bagi Hanum untuk umi.. Ngeh3..

So, apa wishlist Hanum untuk bulan ni? Rasa macam tak banyak.. tapi still nak =3

1) Masa birthday umi, Hanum nak beli kek kat sini. Sambut dengan kawan-kawan sambil menangies teresak-esak.. isk isk.. TT__TT
2) Hanum nak spend time bergayut kat Skype lama-lama, walaupun tak mampu sebab hari tu hari Khamis, eh tapi macam boleh je.. sebab esoknya cuti!! YAAYYY
3) Hadiah? Tak fikir lagi. Tapi... i wish balik nanti, Hanum boleh pergi tukar handset dengan senang hatinya..hehe


Macam tak banyak je wishlist nya. Hanum tak tahu nak wish apa lagi untuk birthday tahun ni. Satu-satunya yang Hanum harap, family Hanum ada depan mata, sambut birthday Hanum ramai-ramai dengan muka gumbiranya tanpa ada satu benda pun slack. Hadooii.. Umi.. Aminah rindu sangat nak peluk umi.. isk isk..

Adoi.. sedihnya.. Buat wishlist sambil menangis memang tak jalan lah.. haha.. oke guys.. got to go.. Salam






Saturday, March 3, 2012

FITRAH

Bila sebut Fitrah.. bukan bermaksud Fitri dan Sarah. eh? Hehe.. teringat Abang Fitri dengan Kak Teh. XD

Pagi tadi Hanum ada program Sahabat Cinta. Apa yang terkesannya pada Hanum adalah waktu Kak Khadijah cakap pasal fitrah manusia. Kalau ikutkan sebenarnya, fitrah manusia itu sukakan keagamaan. Macam mana pun dia, dia mesti ada jugak sikap cinta pada agama. Dan bila kata fitrah maksudnya sesuatu yang kita tahu kebiasaannya ada pada seseorang tu. Dan bila kata fitrah manusia, bermakna sesuatu yang NORMAL ada pada manusia.

Dan bila Kak Khadijah kata pasal fitrah manusia sukakan keagamaan, ada sesuatu yang terkesan pada Hanum. Kak Khadijah kata, kita memang suka pada keagamaan tapi kita juga ada nafsu yang besar yang menghalang fitrah tersebut. Cumanya, kita sendiri kena tahan nafsu tu.

Dulu, sebelum pergi sini, Hanum cakap kat diri Hanum and even kat kakak Hanum pun..

"Aminah nak pergi Mesir ni, tengok gambar-gambar kakak senior semua pakai tudung labuh. Aminah taknak pakai tudung labuh."

Jujurnya lagi kan? Hanum taknak join kelas-kelas agama, kelas-kelas bahasa. Sebelum Hanum pergi sini, Kak Teh banyak kali cakap, "Nanti kat sana, Aminah pergilah kelas-kelas tu.. kat sana banyak kelas tau."

Umi pun selalu cakap macam tu. Dalam hati Hanum, "kenapa nak kena join semua tu?"

Jujur Hanum taknak semua tu. Hanum nak jadi macam mana Hanum kat Malaysia. Hanum nak orang tengok Hanum, langsung tak berubah.

TAPI...

Bila Hanum pergi sini, Hanum duduk dengan kakak-kakak kat sini. Tengok diorang pakai sopan, Hanum tertarik. Inilah perhiasan sedunia sebenar. Akhlak dia number 2. First impression itu penting. Kalau tiba-tiba tengok akhlak tak oke, cuba ingat balik, kita tak boleh samakan pahala akhlak dengan pahala tutup aurat kan? Dua benda yang berbeza. Siapa kita nak hitung pahala dia?

Cukup seminggu Hanum kat sini, Hanum call umi.. Hanum minta umi hantarkan tudung labuh kat Nadia. Hanum nak pakai balik tudung labuh. Kali ni Hanum tekad nak istiqamah.

Itu cerita tudung labuh. Kalau cerita pasal kelas pulak, pun pasal senior jugak. Usaha senior-senior yang tak pernah jemu ajak Hanum pergi kelas yang diorang buat. Ya, Mesir penuh dengan ilmu. Mencurah-curah. Dan setiap ilmu itu percuma, gunakan sebaiknya. Itu yang Hanum pegang. Sebolehnya, Hanum cuba tak missed kelas-kelas yang kakak-kakak atau abang-abang anjurkan. Cuma yang payahnya TWEET lah.. Mungkin sebab dia buat setiap minggu. Jadi, Hanum ambil ringan je.

Dan semua ni buat Hanum terfikir. Kenapa Hanum tak stick dengan keputusan Hanum yang dulu? Yang taknak pakai tudung labuh. Kenapa Hanum pergi kelas-kelas tu? Kenapa Hanum nak dekat lagi dengan Islam? Jawapan yang Hanum dapat.. kerana agama itu FITRAH manusia. Dan kita tentunya akan rasa mudah bila kita mengikutinya. Ya, tiada yang berliku dalam agama melainkan kemalasan dan nafsu yang membataskan kita.

Jadi, sebagai satu pengumuman umum lah kan.. Hanum nak bagitahu, bukan berbangga tapi supaya mereka tahu. Hanum baru melepaskan nafsu terbesar Hanum. Mulanya pedih. Tapi bila Hanum berpegang pada satu benda ni, Hanum jadi mudah..

"ALLAH akan memudahkan jalan bagi hambaNya yang inginkan kebaikan"

Apa yang Hanum nak cakap, jangan takut buat kebaikan. Kalau rasa takut, itu hasutan syaitan. Percaya, Allah bersama kita.

Dan kesannya, Ya, Allah mudahkan jalan Hanum. Hanum lepaskan semua tu dalam keadaan yang baik dan perkara tu seolah-olah tak berlaku. Dan insya Allah, lepas ni, akan jadi lebih baik dari sebelumnya. Maka, tenanglah kerana Allah bersama kamu. So, SMILE!!!! ngeee XD
 


Tuesday, February 21, 2012

Lessons..

"You can't make everyone likes you.. You don't even like everyone right?" -Hanis Zalikha..
 "If it hurts enough to accept the truth, then you must know that to deny the truth is much painful ..." -Kydd Azrul
Via handset canggih! KAU ADA? O_o" 

Saturday, February 18, 2012

Rehat Sekejap..

Rehat SEKEJAP?? it's been an hour since Hanum tak boleh masuk apa yang Hanum nak belajar tadi.. haiyoo.. oke, oke..

Firstly, nak wish my sister, Amirah Majid.. Happy Birthday, sis. may all your dream come true.. nanti Aminah cari pape yang best untuk Amirah.. kalau ada lah..

So, sekarang.. bila muhasabah diri balik.. Bila dengar pendapat orang semalam.. Bila baca balik post-post lama.. It's kind of annoying kalau Hanum marah. Yes, marah itu annoying.. Dan, bila marah itu pastinya buat orang lain annoyed.. haiyoo.. what to do?

Mulakan hidup baru.. Habis periksa.. First thing to do is, change my blog. change the skin.. Delete previous posts (ini akan difikirkan balik). Waahh!! SERIOUSLY annoyed dengan diri sendiri. oke, lepas ni SILA BERUBAH k? Jadi kepada mereka yang bersama-sama saya semalam.. terima kasih kerana mengingatkan saya. So, here we goes, macam mana kita nak mintak maaf kat orang? Apa cara yang paling sweet dan creative? TT__TT

Friday, February 3, 2012

Exam mode pleasseee ACTIVATE!!

i wonder why.. exam lagi 10 hari je lagi. and setiap kali umi call.. mesti umi ingatkan.. "Aminah, study lah..."

setiap kali tu lah rasa gementar.. ingat Hanum, kau guna duit umi.. duit adik beradik.. ingat...

Hanum selalu fikir.. kakak-kakak and abang-abang tahun 4 and 5 dah seronok dah sekarang. dah ada biasiswa sendiri. dah boleh bercuti pergi Austria, Italy segala. haiihhh!! umi cakap.. kalau nak pergi pun tahun depan baru boleh. tahun ni balik Malaysia dulu. apa pun, bagi Hanum tempat-tempat tu belum penting lagi untuk pergi. Hanum nak pergi Mekah dulu. nak doa banyak-banyak. itu je harapan sekarang ni...

haiih..lari topik da. Hanum tengah cari Exam Mode ni.. petang ni nak pergi rumah Kak Sakinah jap. nak pass buku. but before that nak pergi keluarkan duit dekat Gamaah. rasa macam tak jadi je pergi rumah Kak Sakinah. hari ni ada date dengan umi laaa!adoii.. lupa. tak apalah. family first! esok pergi Souk Gaban (pasar besar) dengan Kak Sakinah. so, esok je la pass barang..

macam mana ni.. exam lagi 10 hari. first sekali Physio.. rasanya Physio better dari Anatomy kot. tak pelah.. still kena belajar. first year ni MESTI KENA SUKA SEMUA subjects. kalau orang arab cakap.. la budda la.. means.. tidak boleh tidak. maksudnya mesti lah.. hehe..

sekarang ni rajin mengira tahu? masalah dengan agent pun buat Hanum mengira. segala ilmu add maths and maths dulu semua keluar. haiih.. ingat lagi dulu.. i love add maths sangaattt! bila dapat jadi tutor add maths untuk tolong kawan-kawan yang lemah.. Hanum rasa seronok sangat.  bila tanya kawan-kawan kat sini.. minat add maths tak.. majority akan cakap TAK... tu sebab dorang amek Medic. haha.. tapi as for me, maths is fun. but still, Hanum suka Biology. kita boleh belajar pasal diri kita. seronok!

dulu selalu borak dengan kak teh guna ilmu-ilmu yang ada. kalau Hanum cerita pasal Biology.. Kak Teh akan relate kan dengan account/business. tapi kan.. seriously, memang boleh buat kaitan pun. boleh aplikasikan! tengok.. ilmu Allah kan? luasnya lah!

haiihh.. exam.. tolong lah takutkan diri ini.. bila tengok kakak2 senior tahun 2 atau 3.. rasa macam.. BESTNYAAAA diorang dapat naik tahun! takut sangat kalau kena resit paper! takuuutt! Nauzubillahi min zalik! tak nak... mintak dijauhkan dan mintak dipermudahkan urusan. Allah knows the best! kalau ada something happened pun.. Allah still knows the BEST! mesti ada sebab kan?

wahai scholarship.. dekatkanlah dirimu dengan diriku..

semalam call umi.. sembang jap. bagitahu umi.. "mi, kalau tak boleh buat first year ni, Aminah nak balik! kahwin terus!" haha.. umi gelak je dengar.. tahu tak? all the times, Hanum rasa sangat bertuah dapat umi yang sangat sporting! boleh bagitahu semua problems. and boleh gurau semua benda. nak cerita pasal kahwin pun boleh. haha. tapi kalau nak cerita pasal ada boyfriend.. err... TT__TT. bukan takut tapi malu kot! haha.. masih ada batas oke?

bila tanya kawan-kawan.. tanya umi sendiri pun.. diorang cakap.. mana nak borak pasal kahwin dengan mak.. segan.. umi pun cakap umi tak borak dengan tok dulu pasal kahwin. segan. pernah je umi tegur.. cakap Hanum berani cakap pasal kahwin dengan umi. tapi Hanum still rasa macam.. bukan nak kahwin betul2 pun. kalau betul-batul.. ye lah segan. ngeee XD

apapun, umi adalah the bestttt mom in the world! korang ada?! XP

anyway, dah masuk topik umi.. so, dah boleh homesick.. adoii.. dah dah dah.. STUDDYYYYYY!!

Sunday, January 29, 2012

Be Strong Be Tough..

Kau tahu? banyak berfikir mampu buat kita menangis seorang-seorang. tapi untuk apa? sia-sia... rasa tak tahu kenapa.. lemah tahu sekarang ni? haiihh.. jauhnya Hanum dengan Allah.. sedangkan Allah dekat je dengan Hanum. Hanum je nak kena cari..

ada perkara yang belum selesai. sebab tu rasa nak nangis tanpa sebab. weh, Hanum nak exam! pleasee laa! tiba-tiba homesick.. nak balik rumah.. biasanya ini lah yang jadi. tension sorang-sorang.. tak tahu sebab apa.. lastly, homesick. TT__TT

ingat lagi kalau kat sekolah dulu.. setiap kali homesick, mesti bergayut kat public. and setiap kali bergayut tu.. kalau umi.. mesti dia tahu je yang Hanum ada masalah. pastu mesti tanya..

"Aminah ada masalah ke kat sana?"

pastu mesti nangis laju2.. gila kan? haha.. kalau gayut dengan Kak teh.. tak yah tunggu dia tanya.. dia angkat je phone, terus nangis. haha.. kenapa? sebab kalau umi ni.. takut dia risau kita kat sekolah ok ke tak. kalau kak teh.. dia tak risau kot.HAHA

sekarang tengah dengar lagu Ya Sudahlah. tak tahu dah basi ke belum lagu ni. Hanum dengar lagu ni kat Hitz.tv pagi-pagi tu. tak keluar radio lagi masa tu lagu ni. sekarang macam dah ramai orang dengar. mesti dah basi. bila dengar lagu ni.. adoii.. dia ni bagi semangat ke or buat orang nak nangis? sweet lah pulak..

bila dah merepek banyak-banyak ni.. rasanya.. Hanum tahu apa masalah yang belum selesai tu.. tapi rasa.. macam tak nak selesaikan. sebab? sebab setiap kali ok, masalah tu datang balik. and it keeps repeating! and that's hurt! manusia tanpa masalah adalah manusia yang SANGAT tak sempurna.. so.. anggaplah diri sendiri PERFECT bila anda ditimpa masalah oke? =.=

Saturday, January 28, 2012

Pemilik Cintaku...

oke.. ini bukan lagu.. ini buku.  sebenarnya tajuk sebenarnya... PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL.. karya Fatimah Syarha Mohd Noordin <---- beliau duduk satu taman dengan sayeeee!!

buku ni Kak Adawiyah punya. lebih 2 minggu dah Hanum pinjam. tak ada kesempatan lagi nak habis baca. dengan quiz segala. nak pindah rumah. memang tak sempat. bukunya nipis je. sangat nipis. tapi PADAT!



BETUL!! tak tipu! sebenarnya, bila dengar.. tak adalah rasa nak baca pun. tapi bila kakak2 rumah Beit Wafa tu cerita, baru ada keinginan nak baca. Hanum baru baca separuh. insya Allah, boleh je nak kongsi sikit yang Hanum baca tu.

Hanum tak pasti dia cerita tentang siapa. tentang diri dia atau orang lain. tapi nama yang tertera Qaniah. tak tahu sama ada untuk ganti nama dia atau memang orang lain.. sebenarnya sebelum buku ni, kalau tak silap sebelum lah, ada satu novel. tajuk tak pasti. dia juga yang tulis. pun pasal Qaniah ni.

so, sebenarnya, ceritanya tentang nikmatnya cinta selepas kahwin. cerita tentang teguhnya Qaniah menjaga imannya dan cintanya kepada Allah. Qaniah ni, dia tolak semua lamaran lelaki yang bagi dia tak menjaga batas lelaki dan perempuan. kalahnya lelaki tu hanya pada satu sms. betul jugak kan? dengan sms, akhirnya datanglah penyakit hati - rindu dan khayal - betul tak? di situ jugaklah permulaan zina bermula.. haiihh.. berubahlah Hanum.. itu je yang Hanum mampu doa..

even baru setengah baca buku ni, tapi banyak yang Hanum dapat. penulis ada cerita kisah dia masa nak kahwin tu. suami dia tu tak tengok pun muka masa bertunang. sebabnya? masing2 malu. dia tak tengok suami, suami pun tak tengok dia. eh, ni bertunang.. kira bakal suami lah kan? sedangkan Islam membolehkan kita tengok pasangan kita masa bertunang kan? tapi diorang just tengok muka masa nak kahwin je. sampaikan yang bakal suami tu belikan baju saiz XXL untuk hantaran. sedangkan Qaniah tu saiz M or S je.

nak katanya.. betapa pemalunya mereka. dan Hanum terfikir.. mana sifat malu Hanum ya? berfikir tentang diri sendiri lebih baik dari fikir tentang orang lain..

dalam buku tu jugak, ada dia cakap.. ini rasa macam mendalam sikit...

"kalaulah perkara sebegini telah aku rasakan sebelum perkahwinan.. pastinya aku akan berasa biasa sahaja masa perkahwinan ini dilangsungkan, sekaligus, tiadalah nikmat itu"
ini buat Hanum terbayang.. indahnya perasaan tu.. perasaan asing yang membahagiakan. korang!! bacalah buku tu! mampulah buat nak nangis. sweet sangat..

dan Hanum terfikir.. kalau dulu.. mesti korang biasa dengar kan? orang cakap..

"awal-awal je dia macam tu. sebelum kahwin je sanggup belikan segala.. lepas kahwin apa pun tarak.."

mesti pernah dengar punyaaaa!!! contoh lain lah kan...

masa bercinta..

"awak bukan materialistik pun.. apa yang diminta tu benda yang sepatutnya saya bagi"

lama sikit lepas bercinta..

"awak ni materialistik lah.. berubahlah"

entah-entah lepas kahwin:

"gunalah duit sendiri!"

haiihh.. teringat TWEET hari tu.. memang tanggungjawab suami untuk belikan APA SAHAJA yang isterinya mintak. sebab tu kahwin tu BERAT. memang kadang-kadang kita rasa tak adil. tapi bukan pihak suami je yang akan rasa tak adil tu.. pihak isteri pun akan terasa jugak tak adil. kat mana? part seks. berdosa tau isteri tak nak layan suami.. Hanum pernah utarakan benda ni kat umi Hanum.. Hanum cakap..

"macam tu tak adillah, mi.. kalau isteri tak ready macam mana? kalau isteri penat sangat macam mana?"

tapi jawapan umi simple je..

"sebab tu lah kena ada TOLERANSI.."

dan dalam bab materialistik tu pun perlu ada toleransi. kalau dah melampau sangat materialistik memanglah nampak takde toleransi. ni kalau tak pernah nak bagi pape even berjuta kali mintak.. memang salah si suami lah kan?

so apa kena mengena?

yang kena mengenanya.. Hanum nak cakap.. bercinta sebelum kahwin menyebabkan seseorang tu mampu bosan dengan kita sekaligus layanan yang diberikan pun berbeza. dah tak ada lagi sifat sabar dalam diri. kalau dulu, sanggup sabar.. kerenah macam mana pun, sabar je.. tapi lama-lama tak..ye, tahap sabar seseorang ada limit. jadi.. untuk lambatkan masa dari sampai limit tu, better kita lambatkan percintaan tu dengan cara bercinta selepas kahwin. betul tak?



**dan sedar tak sedar.. Hanum dah rasa semua tu..

 

Friday, January 20, 2012

Girls...


-----------------Girls---------
-----------are like apples------
-------on trees. The best ones-----
-----are at the top of the tree.-----
---The boys don't want to reach---
.--for the good ones because they--
-r afraid of falling and getting hurt.-
-Instead, they get the rotten apples-
from the ground that aren't as good,
but easy. So the apples up top think
something wrong with them when in
-reality they're amazing. They just--
---have to wait for the right boy to
---- come along, the one who's-
----------- brave enough to-----
---------------climb all---------
---------------the way------
--------------to the top----
--------------of the tree ----



*comelnya apple tree sayeeee!! kau ada? hikhik

Ice Cream?

ingat nak hilangkan ngantuk sekejap, so, tengoklah cerita Full House. sebab cerita tu dulu dah pernah tengok.. rasanya tak ada halangan lah untuk berhenti tengok kan? kira tak mengkhayalkan sangat lah.hehe...

ada satu part tu,perempuan tu menangis.. then, laki tu belikan ice cream.. so, itu yang buat Hanum teringat something tu..

dulu kan.. tak adalah dulu sangat sebenarnya.. dalam lebih kurang 2 tahun lepas.. err, rasanya tahun lepas pun.. sekarang macam dah kurang sikit.. apa benda tu? hihi.. maka bocorlah rahsia Hanum. Hanum sangat kuat menangis. especially kalau benda yang melibatkan kenangan. sampaikan orang yang rapat dengan Hanum pun tak tahu nak buat apa dah. haha

ada satu masa ni, Hanum nangis pasal ex Hanum. kenapa entah ingat dia. then, Hanum call best friend Hanum yang seorang ni. dia perasan pulak Hanum nangis. owh, ye lah. dah jadi kebiasaan untuk dia pujuk Hanum setiap kali Hanum nangis.

masa tu dia semacam regret sebab tak ada dengan Hanum. yang Hanum pulak tambah kuat nangis masa tu. kira sangat lemah Hanum masa tu. problem datang bertimpa-timpa.pastu dekat dia je Hanum luah segala. then, masa tu.. sebab dia tak tahu nak buat apa, so dia tanya..

"kat tempat kau duduk tu, ada jual ice cream tak?"

owh, masa tu Hanum kat luar. lepak kat taman. then, Hanum pandang sekeliling.. then jawab..

"tak ada.. diorang dah balik ah..."

then, dia kata.. "kalau ada ice cream, belilah. hilangkan sedih"

lepas dari tu, sampai sekarang pun, setiap kali Hanum tension. down.. I'll buy myself an ice cream or chocolate. tak kira lah. just untuk buat Hanum happy, semangat balik.

yeah, sangat rindu beliau. dah jauh dah. dah takde yang nak bagi semangat kat sini. tapi still, boleh call kan? so, tak terkilan sangat lah XD

Kalau keluar ngan kak teh pun macam tu. setiap kali tension je, mesti kak teh cakap..

" jom makan!"

makanlah apa-apa pun.. but selalunya Mc Donalds lah kan? haha. biasanya Hanum beli cornetto sundae and kak teh makan french fries and minum Milo. benda tu jadi, kalau tension je lah. hehe.. rindu lah pulak nak buat semua tu.

wahhh!! i hope, there'll be someone yang Hanum boleh ajak buat macam tu kat sini. yang boleh dilayan seperti kakak dan adik. insya Allah, satu hari nanti...mungkin sekarang terlalu awal untuk mengenali mereka.. satu hari nanti mesti jumpa XD

so kepada mereka yang rasa tension ke jadah semua.. makan lah ice cream!!! XD

Wednesday, January 18, 2012

Memory 2...

something reminds me to my best friend. rasa comel pulak ada kawan macam ni. dulukan, one of my schoolmates pernah cakap ..

"Kau ni! tangan kayu betullah.. bak sini aku alter!"

HAHA. bukanlah marah mana pun. sebab dia jenis yang cintakan seni. tu yang dia tak puas hati. masa tu Hanum tengah lukis poster untuk hantar ke pertandingan apa entah untuk naikkan markah rumah. so, bila dia tengok Hanum colour tak memuaskan hati dia, so, dia ambillah. dia pulak colour.haha. thanks, Minem..

Tapi tangan Hanum takde lah KAYU sangat oke? Hanum boleh je kalau nak buat benda macam card segala tu. tapi untuk lukis and colour ----> TIDAK! because I hate it! haha

2 tahun lepas, masa tu setahun lepas SPM lah kan? Hanum cerita dekat best friend Hanum yang seorang ni pasal benda tu. tapi just suka-suka lah. bukan ngadu ke apa. then, best friend Hanum tu cakap..

" mana dia? suka hati je cakap macam tu"

lepas tu. Hanum cam.. errr... kau pehal?

comel gila budak ni. dia backup je Hanum. bukan masa ni je. kalau apa-apa yang Hanum cerita, mesti dia backup Hanum. tapi untuk part ni, Hanum salahkan dia.haha.. kesian dia. nak backup Hanum pun kena marah. sorry ye, kawan?

comel je bila ingat semua tu. haiihh... rindu rindu.. XD


Tuesday, January 17, 2012

Sesaat Jantung Terhenti...

ceyt! macam lagu, my heart skips a beat pulak an. hehe. oke, oke..

tak nak cerita terlalu detail. just buat luahan perasaan tanpa cerita problem oke? oke, anda boleh tinggalkan entri ni. sebab Hanum just nak release tension je..

oke, oke.. semalam something went wrong. malam semalam. and mulanya hanum rasa, no, Hanum tak salah. Hanum just mintak hak Hanum. but pagi tadi, termenung fikir... and i guess now, Hanum TOTALLY WRONG! baru nak rasa guilty. and now, everything's changed!

Semalam, bila ayat tu HAMPIR keluar, rasa macam bukan kat Bumi dah. kalau betul-betul nak jadi pun, biarlah waktu gembira bukan waktu sedih. yes, sebab bila berlaku waktu gembira, semuanya berlaku just in peace. tak terkesan sangat. ini tak. adoii! tapi takpe, still oke. ayat tak keluar lagi kan?

and hari ni, ingat nak mintak maaf sebab being so selfish. tapi masa tak sesuai untuk ajak beliau berborak. mungkin nanti je lah.

Something yang Hanum patut muhasabah diri and berubah... give and take... actually.. SALING GIVE AND TAKE. dan Hanum sedar Hanum just take without giving. yes, Hanum tak kisah orang nak cakap apa pun. sebab Hanum tahu, at least, Hanum sedar kat mana salah Hanum. and Hanum mengaku kat sini kesalahan Hanum.

haiihh... esok malam busy lagi. hoping that petang esok, Hanum mampu borak dengan beliau sekejap. sekejap pun jadi lah... WARRGHHH!! KENA CARIII MASAAAAAAA!!!! TT__TT

Saturday, January 14, 2012

Mood: Nasyid

cabaran satu minggu untuk diri Hanum sendiri berjaya. Alhamdulillah. Hanum harap kekal. ni satu permulaan untuk Hanum pakai tudung labuh. dulu pakai dah. tapi itu lah.. makin lama, makin pendek.haha. sekarang, pakai balik. itulah.. selalu tinggalkan majlis ilmu, itu yang makin pendek tu. so, warga blogger, doakan Hanum oke?

Siapa kata tudung labuh tak leh fashion? tak leh cantik? boleh, pasti ada jalan. orang arab pakai tudung labuh, berfashion tahu? takpelah,kalau fashion sangat, hilanglah martabat tudung labuh kan? oke, Hanum, jangan start!hehe..

Tak tahu kenapa. Hanum start dengar nasyid dah sekarang. weh, betul-betul balik ke zaman form 1 and form 2. tusung labuh dan nasyid. lebih-lebih lagi lagu Mirwana - Permataku. oke, lagu ni SANGAT lama dah. kalau tak silap, masa form 2. first time dengar kat Xfresh Fm. gila tak?haha! oke, yang gilanya sebab Xfresh yang pasang..-.-



seriously, betul-betul nak berubah ke arah yang lebih baik. bukan sebab nak lagak baik. Hanum nak tinggalkan satu persatu perkara yang tak perlu. Masa kat Mesir ni lah nak dapat kan segala. bukan bermakna kat Malaysia tak boleh dapat, boleh. tapi probability untuk dapat kat Mesir, lagi senang kan? insya Allah. Allah akan permudahkan Hamba Nya yang nak kembali ke arah kebaikkan. so, kenapa hold, bergeraklah! XD

adoii.. tengah sedap-sedap layan lagu.. tiba-tiba bukak facebook, tengok Amirah tagged, "Aminah Hanum, Abangcik balik"

untunglah ada duit. owh, Abangcik kerja kat Korea. mungkin dia balik dalam 2 minggu. tak tahulah. dia bawa balik chocolates! sedapnya lah. tapi Mesir pun ada chocolates oke? murah lagi. teringat dulu, kalau Hanum termarah kawan Hanum, mesti Hanum bagi chocolates. lepas tu, marah dia balik kalau dia share dengan orang lain. HAHA. agak-agak dia ingat tak? rindu pulak. oke, habis bab tu.-.-

nak hot chocolate tu!!

adoii.. sedih pulak rasanya. tak lama dah nak balik. Hanum taknak rasa homesick tu! taknak! sakit tau! bukan boleh balik pun kalau homesick. oke, tahan. setakat ni, tak rasa lagi. dengan adanya kawan-kawan, kakak-kakak semua, insya Allah, tak rasa lah. kat sini pun macam family. tapi of course lah family kat sana tu yang terbaik kan? lagi berapa bulan je ni. tak pelah kan? bertahan!

mujurlah umi didik and hantar Hanum ke SBP. masa tu lah nak belajar hidup berdikari kan? sekarang, umi takyah nak risau lagi. Hanum oke kat sini. insya Allah. masalah tu just corak untuk hidup ni. =D

oke, esok hanum ada test Histology - Epithelial. doakan Hanum oke? lap you all! owh, welcome to new followers!! XD

Thursday, January 12, 2012

Ada Hikmah..

Nampak nya, ada lagi dugaan. belum selesai lagi masalah tu. tapi kena selesaikan masalah lain dulu. tadi dah nak akad rumah dah. tiba-tiba.. Baba cakap, ada lelaki pulak kat imarah tu. tapi perempuan pun ada. Maka, wujudlah problem. tak boleh lah macam ni. Mungkin Allah nak tunjuk kat Hanum dan rakan-rakan lain. mintak tegur penyewa imarah tu.mungkin sebab tu lah Allah lamakan sikit kerja kami. mintak perkara yang merumitkan ini jadi kifarah dosa untuk kami semua.

Hari makin sejuk. sejuk dan makin penat. Malam ni tak jadi pulak nak tidur rumah Azi untuk program Sahabat Cinta tu. ingat nak spend time kat rumah orang je hujung minggu ni. tak apalah. insya Allah esok tidur rumah Mira.

makin susah kerja ni. akhirnya kami tinggal berempat. bagi Hanum, bukan masalah besar sangat lah. cumanya tang duit je lah. tak apalah tu kan.. yang penting sekarang ni, mana nak dapat rumah? Kak Mas mengharapkan kami duduk kat rumah Ikhwah tu. ambil alih rumah diorang. tapi rumah tu sangat besar. so, kena panggil lagi sorang lah kan. insya Allah ada kot.

tapi tak pe je. tak kisah pun. dalam tempoh 7 hari ni, Hanum dah banyak belajar Bahasa Arab. cakap pun dah boleh lah laju sikit. kalau orang Arab cakap pun, dah boleh faham. lega jugak lah kan? tak dapat rumah, dapat ilmu. ilmu yang datang percuma. ada hikmah semua ni jadi.

tadi pun hampir putus asa. duit dah bawak keluar. tinggal nak akad je ni. esok dah boleh ronggeng beli barang dan basuh rumah. tiba-tiba tak jadi.. memang rasa macam sangat nak nangis! Allah je tahu betapa penat nya kami. masa ni lah nak muhasabah diri balik. kat mana salah kami sampai kami terima macam ni. tapi bak kata Kak Mas..


"inilah namanya kehidupan. masalah memaniskan lagi kehidupan. sebenarnya, kalau Allah nak buat jalan tu lurus je, kita senang je dapat, pun boleh. tapi lihatlah, betapa BIJAKSANA nya Allah, dia corakkan kehidupan kita dengan jalan yang macam ni, dan akhirnya, kita jumpa masalah ni. kalau tak, tak ada siapa pun tahu yang imarah tu bercampur jantina.."

betul Kak Mas cakap. so, tenang je lah kan? Allah dah tentukan semua. pasti ada hikmah Allah bagi masalah. kita tak tahu kan.. Mungkin yang kita suka itu, tak baik untuk kita dan mungkin yang kita tak suka itu, baik untuk kita. siapa tahu? insya Allah, Allah akan uruskan yang terbaik buat kita.. Amin =) 

InsyaAllah selesai!!!

huh.. kerja keras selama 6 hari ni.. insya Allah selesai. Allah banyak bantu Hanum dalam proses cari rumah ni. hah, itulah. dah kata mintak dengan Allah, pasti Allah bagi. =D

hari ni kira hari ketujuh. hope hari ni berakhir lah. tinggal nak akad je rumah tu. hope tak ada lah yang membangkang.tadi borak dengan umi. risau juga umi tak setuju. tapi sebenarnya, oke je.

dalam proses cari rumah ni, bukan kami yang nak duduk je terlibat, tapi Kak Sakinah dengan Kak Mas pun banyak tolong.weh, bahagia dah. tingkat 5. besar sangat! boleh lah buat 5 bilik. owh, Kak Mas tu kawan Amirah, senior Hanum masa sekolah rendah dulu. mujurlah sebelum pergi sini, Mirah dok bising suruh cari Kak Mas. kalau tak cari, tu.. eh, kalau tak cari, still jumpa sebab Kak Mas Ajk Perumahan.HAHAHA

eh, jahat! =P

oke, oke.. semua rakyat jelata! doakan Hanum oke? hope sangat hari ni dapat akad dengan senangnya. dan hope sangat Allah permudahkan urusan Hanum.. insya Allah. Amin~

~SILA KLIK BANYAK2~