HEYYYY!!! Follow me!

Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Post-First Year Exam

Bunyi macamlah Post-PMR punya program aaannn.. haha

So, here we goes. Alhamdulillah, Hanum dah selesai paper kelmarin. Tapi hari ni baru nak borak kan. Oke, Lat exam was Oral Biochem. Jujurnya, untuk oral ni, Hanum study sebelum nak masuk tu. Sebabnya Hanum takut belajar belajar, pastu ternampak salah kat mana. huiihh.. But still, buat macam tu pun, tiba-tiba dengar orang bincang, pastu stress sendiri. haha. Sayanglah.. Biochem maybe killer subject untuk orang yang tak ambil Medic, tapi Biochem tu subject yang senang nak bandingkan dengan subject lain dalam Medic ni. So, kalau salah sikit je.. rasa nak meraung sedunia. -.-

Oke, pagi tu indah dari biasa. Eh, ni gambar masa written Biochem. Sebab masa ni Hanum tergerak awal gila! Start pukul 10, Hanum gerak pukul 7. Nervous punya pasal -.-

Ini dia KULIAH AT-TIBB =)

Pemandangan waktu pagi universiti. Hari tu, lebih berkabus dari biasa -.-

Then, Alhamdulillah, Hanum dah habis pun jawab periksa. Sekarang debaran menunggu result pulak. Tak mampu nak bincang result ngan orang lain. Sekarang ni, Hanum memang tak boleh nak rasa takut-takut ni, sebab rasa nak pengsaaaannn tahu? So, kena banyak doa! Doakan Hanum oke?

So, habis je oral biochem, Hanum pun pergi lah Fathallah, kononnya nak cari beg laptop. Tapi mahal pulak. Tak mahal sangat pun, tapi, kalau mahal camtu, baik beli kat Malaysia kan? So, cari barang sukasuki kat Fathallah. Then, balik rumah jap. Petang tu, Hanum, Kak Umi ngan Mala pergi Hadhrolmaut. Hanum tak tahu kalau tukar rumi macam mana eja dia. Hehe.

Nasi ni, kat Malaysia pun ada dorang cakap. Mungkin ni lah nasi arab yang bersungguh umi nak ajak kitorang pergi dulu tu. Kat Setiawangsa dah ada restauran Arab! YAAYY! dah lama dah -.-

SERIOUSLY LAGI BERBALOI DARI TARBOUSH YANG BAPAK MAHAL DAN TAK SEDAAAPPP!

So, ini gambarnya..

Hadrolmaut lahmah wa firakh
Sebelah tu sambal ngan sayur yang sedap!

Ini lah Hadhrol maut Firakh - 12LE

Ini Hadhrolmaut lahmah - 40LE

bukan nak tunjuk kak umi, tapi nak tunjuk panjangnya beras tu!
tak ada DSLR nak focus kat nasi tu.. sob3


Saya dan makanan =)
*rasa kurus sikit pulak -.-*

Mesti pergi lagi sebelum balik nanti! Lepas ni dengan Kak Amal pulak =D

Lepas tu, kitorang pergi Gomlah! Kononnya, Gomlah ada skirt ngan jubah murah segala. Tapi kitorang salah jalan. sob3.. Pastu jalan je lah ikut suka. Sampailah tembus Souk Gaban. Masa ni, Kak Umi ngan Mala dah penat gila dah. Hanum tak rasa penat sebab Hanum seronok lalu jalan baru tu. Tapi bila balik, perggghh! PENAT!

Jalan punya jalan, then tembus satu tempat ni. satu jalan yang panjang gila tu, dipenuhi dengan khemah-khemah tembikai! SANGAT TERUJA! So, this is one of them.

Mungkin sinilah supplier tembikai tu..

Lepas tu jalan lagi. Hanum terasa Awal Bahr dah dekat sangat. Pastu ingat nak ambil tremco dari Awal Bahr, better lah dari patah balik pergi Gomlah. Pastu pergi kedai tanya orang, direction Awal Bahr. Peliknya, orang tu tak tahu Awal Bahr? -.-
Then tanya direction Souk Gaban.. Lepas tanya main road ke arah mana. Maka wujudlah bahasa rojak Arab-English di situ. Haha. Nasib baik orang tu boleh cakap English. Owh, mungkin tak cakap english, tapi dia faham English. =)

Jalan punya jalan, lepas tu jumpa kedai yang best! Macam Speedmart gittew. Jalan depan sikit, jumpa kedai bakery & manisan. Cantik je kedai tu. Ingat nak beli ice cream, tapi macam tak berbaloi, so, tak beli. Then, jalan depan lagi, tiba-tiba nampak kedai komputer. Kemas! Then, cari beg laptop. Alhamdulillah, 80LE je.. Puas hati lah! Sebab beg macam ni, ada span kat belakang, kalau kat Malaysia dekat RM200, tapi kat sini RM40? whooahh! =O

Nape gambar ni nampak tak cantik pulak? -.-

So itu aktiviti hari pertama Hanum habis exam. Hari kedua pulak, siangnya, dipenuhi dengan bake cake. Sebab dah janji dengan Najah. Plus, Hanum memang teringin nak makan kek tu. Hanum tak ambil gambar kek tu sebab kek tu tak kemas. sob3. Tapi cepat je habis. Tak sangka ramai yang datang rumah Najah petang tu. Kalau tak, memang buat lebih lah. Dorang cakap sedap, YAAYY!

Tengah hari, tolong Kak Fatin kemas rumah dia sebab dia nak pindah Cairo dah. Ikut suami kot. Jauh lah lepas ni, kalau tak belakang rumah je.

InsyaAllah, jumpa lagi..

Malam pulak, Hanum duduk rumah sorang-sorang skyping dengan kawan Hanum kat Malaysia. Mana housemates? Diorang pergi Awal Bahr together-gether with Shahir.

Semalam agak letih jugak lah. Dari pagi asyik turun naik rumah. Baru nak rehat makan-makan, tiba-tiba Kak Amal call ajak pergi rumah Kak Fatin. So, takkan taknak pergi as kita tengah free kan? Lagipun kali terakhir kot.

Owh! Nak kongsi. Ni makanan ruji Hanum sekarang. Tukarkan nasi dengan kentang. Orang kata better. Tapi kentang yang ni nampak banyak an? Kecik je ni. Bukan habis pun.-.-


sila telengkan kepala ke kanan -.-

So, itulah aktiviti Hanum setakat ni. Hari ni pulak nak pergi Husin. Cari barang-barang orang Malaysia. Paling penting kena beli UNTA WARNA WARNI! Hanum sangat nak unta tu. Satu-satunya sebab Hanum nak pergi Husin. Sengal je rasa an? Haha.

Oke.. Nak sambung marathon RunningMan yang dah lama tertangguh. sob3.
Doakan Hanum dan kawan-kawan oke?
Assalamualaikum~


Monday, June 4, 2012

First Final Di Bumi Tanta

Sebelum cerita, nak cakap.. SANAH HELWAH YA GAMILAHHH! hehe.. Sanah Helwah, Kak Mardhiah. Moga mumtaz dunia akhirat. Amin~ *sila aminkan beramai-ramai*

Sekarang baru masuk cerita tentang final. 


Jujurnya ini kali pertama Hanum rasa takut sangat. Nak tidur tak mampu, makan pun tak mampu. Bila semua tak mampu.. Hanum mampu nangis je. Mengharapkan yang terbaik. Jujur lagi sekali, Hanum menyesal pilih bilik sorang. InsyaAllah, setahun je lagi, Hanum. 

Dari semalam sampailah berjalan ke Gamaah tadi, menangis je. Takut yang amat. Then, whatsapp umi. Mulanya ingat taknak umi risau, pastu fikir, better umi risau sekarang, dari bagi harapan kat umi pastu umi risau nanti. 

Dah cerita semua bagai.. Umi cakap..

"Aminah boleh, Aminah. Ingat, Allah tu ADA. Dia mesti tolong Aminah.. Dah, tenang. pergi beli chocolate. Kalau ada madu, makan madu. Tu untuk kuatkan ingatan."


Wahh.. lagi terharu. Umi, rindu umi. Kalau dulu, setiap kali nak beli chocolate depan umi, mesti umi tak bagi. Umi tak suka chocolate. Tapi bukan nak larang kitorang makan, tapi nak jaga kitorang dari lebih glucose. Kitorang beli je chocolate tu. Lepas tu, bawak balik tunjuk kat umi buat muka tak bersalah. Lepas tu, penuhkan peti sejuk. hek hek. Sabar je umi..

Dah sampai gamaah. control macho. Beli chocolate, then makan sambil belajar. baru tenang sikit. Tapi bila paper soalan sampai, menggelabah balik. Nak nangis balik. Tapi bila dah tulis nama, Alhamdulillah. oke balik.


Alhamdulillah, Allah mudahkan. Hanum tak boleh jamin Hanum jawab dengan baik. Tapi Hanum rasa okelah sebab Hanum tak tinggalkan kosong even Hanum tak tahu. Masih boleh ikut logik akal.

Balik rumah, tengok wifi.. Lepas tu, skype dengan umi abah. Cerita makanan kat sini. Buah-buah semua. Musim panas kat sini, ada banyak sangat buah. Sampai ada yang tak terasa lagi. Lepas satu musim, musim buah lain pulak yang datang. Musim buah sebelumnya pun tak habis lagi. BEST SANGAT!!

Then, pergi Beit Wafa sambut birthday Kak Mardhiah. Mulanya berat nak pergi, tapi fikir.. periksa, periksa jugak. Ukhwah yang manis jangan masamkan. So, pergilah jugak. Baru tahu dorang nak buat surprise. Ingatkan suka-suka. Lepas tu, makan kek Tanta yang first time Hanum rasakan sedaaaappppp sangat! SERIOUS! Kali ni, i really have to admit this.. Kek tu lagi sedap dari Secret Recipe! Bezanya, Secret Recipe besar and tebal. Itu je!! Dorang bagi Hanum makan nasi ayam jugaakk. SEDAP sangat! 


Alhamdulillah, bukan makanan je Hanum dapat. Hanum dapat tips untuk periksa oral jugak. berdebar dah ni. Dan last thing Hanum MESTI KENA INGAT, jangan pernah putus harapan untuk MUMTAZ. Keputusan periksa itu kerja Allah untuk tentukan. Jangan pernah fikir positive. Tawakal dari mulaaaaa kita belajar. Jangan pernah putus harapan, Hanum. Allah knows the best. Kalau mumtaz itu bukan yang terbaik buat Hanum, maka redha je lah. Allah tahu apa yang mampu dan tak mampu untuk Hanum lalui. Allah itu Adil dan Bijaksana. So, untuk korang juga, jangan pernah putus asa! Jangan pernah sekali pun! Sentiasa mintak MORE kat Allah. Allah suka bila kita tamak dengan Allah tapi kita still ingat Allah. Dah dapat semua, jangan lupa sujud syukur. 

Owh, tips untuk kakak Hanum jugak. Esok dia periksa. Rabbuna Yusahhil, Amirah. Sentiasa saling mendoakan, k? Insya Allah.


Lastly, Thanks untuk semua yang dah tolong Hanum untuk naikkan balik semangat Hanum. Luruskan balik pemikiran Hanum. Dekatkan balik Hanum dengan Allah. Thanks untuk semua! Thanks sangat. Semoga peringatan korang ni bagi balasan yang lebih baik kepada korang. Mumtaz Dunia Akhirat untuk Ummah!!

owh nak tinggal lagi satu pesanan. Tapi taknak specific sangat. Just nak cakap, saya bukan manusia sempurna. DULU atau SEKARANG, saya masih tak sempurna. Tapi saya sedang cuba untuk mendekati kesempurnaan tu. Insya Allah, Allah mudahkan. Oleh itu, saya perlukan orang-orang yang seperti anda semua untuk menyempurnakan saya. Maaf kalau ada yang tak suka dengan perwatakan saya dulu tu. Maaf sebab tak mampu nak happykan semua orang. =D

Sunday, April 22, 2012

Birthday Presents Lagii~!

Before that, thanks to Hanan, Raihan, Najah and Tiqah for allowing me to use their wifi... THANKS!!! 

Guess what? Dah lebih kurang 20 hari jugaklah kan birthday Hanum lepas kan? tapi still ada yang bagi hadiah!! JENG JENG JENG!!

Mereka itu adalah Kak Mai, Kak Maryam dan tak-tahu-siapa-yang-bagi-sebenarnya sebab diorang tak nak bagitahu sape yang bagi. But still, SAYA SUKAAA!!

BOBO the cow~!
comel kan3??

And ada lagi! Atiqah Syairah bagi. Dia ni sebaya dengan Hanum tapi dia Tahun 2 dah.. XD

owh, dia bagi yang cawan tu.. Yang keychain tu Kak Sakinah yang bagi >,<

Then, ada lagi!!! Ini pulak Beit Wafa dengan Beit Amni yang bagi..  Hadiah Couple punya. Hanum dengan Tiqah dapat..



Thanks kakak-kakak dan sahabat-sahabat seperjuangan saya ni.. XD

So, hasilnya.. Hanum hiaskan semua ni dalam bilik Hanum. Yelah, kat mana lagi kan? -.-


peneman tidurku...


periksa macam mana pun, meja mesti kemas!!


And lastly..
A Very Very BIG HUG to all of you, guys!!
I LOVE YOU SO MUCHH!!

mungkin nampak kecik.. tapi anggap je lah besar hug ni oke?
THANKSSS!!

Friday, March 30, 2012

Happy Birthday, My Dear Hanum!!!

Sayangilah diri sendiri.. hakhak! ~(>.<~)
Yesterday was My Birthday lah friends!!!!

 Thanks untuk semua yang wish!!Hanum tak ingat siapa orang first, tapi orang first tu wish kat facebook la..
Kalau yang cakap.. Hanum ingat!!UMI lah orang first.. sedih jugak tak dapat sambut dengan umi. Tapi tak pe je..  Inilah samanya tarbiyah! Tarbiyah tu kan buat benda yang kita tak suka? Ye lah, keluar dari kebiasaan kan?

So kepada semua.. 
BIG HUG from me, and THANKS A LOTTTT!!!

untuk UMI yang LAHIRKAN, BESARKAN dan curahkan DUIT yang banyak, Thanks!

Untuk FAMILY yang selalu bagi bimbingan, selalu sabar:
ABAH, ALONG, ANGAH, KAK ENDE, ABANGCIK, KAK TEH, CIKSU, AMIRAH,
 Thanks!

Untuk Ahli Beit dan sahabat yang selalu bersama secara langsung atau tak, yang selalu masak bagi membolehkan Hanum membersar:
Kak Umi, Mala, Nena, Ana and Azwa
Thanks!

Untuk sahabat yang selalu bersama dari jauh: 
MURNI, AZLYN, SAIRA, NINA, FARAH, FATIN ATIKAH, ANNASUHA, KYDD, YASMIN
Thanks!

Untuk sahabat yang selalu bersama lalui penat lelah, sedih gembira kat Mesir ni:
NAJAH, HANAN, TIQAH, RAIHAN, NADIA, KAK SAKINAH & AHLI BEIT, KAK AMAL & AHLI BEIT, KAK KHADIJAH, RAKAN GROUP C FIRST YEAR TANTA UNIVERSITY, RAKAN-RAKAN SAHABAT CINTA, SAHABAT DAN SENIOR TANTA UNIVERSITY,
Thanks!

 Dan kepada mereka yang selalu bagi bimbingan, selalu buat Hanum tersenyum, selalu bagi kerjasama dalam semua perkara tak kira secara langsung atau tak,
Thanks!

dan sesungguhnya, tiada perkataan yang terbaik bagi mengucapkan terima kasih melainkan..
JAZAKILLAHU KHOIRON KATHIRON!!!!
Moga kamu semua dibalas dengan balasan yang sebaikkkkknya oleh Allah.. XD

Dan untuk hadiah birthday saya pulak

Kepada UMI yang curahkan banyak kasih sayang dan duit sepanjang Aminah kat sini, pastu nak bagi lagi duit untuk beli beg laptop yang cantik..hoho.. THANKS!
Kepada Family yang lain, untuk relakan Aminah pergi sini dengan duit umi yang sepatutnya untuk umi bersuka ria dan untuk kita semua kongsi, satu pengorbanan yang sangat besar, dan sepanjang hayat Aminah, inilah hadiah terbaik dari umi dan korang, Insya Allah, korang letakkan kepercayaan dan amanah yang berat untuk Aminah.. insya Allah, sebolehnya Aminah usahakan, THANKS! (err, xbermakna lepas ni tak kena bagi hadiah lain oke?)

Kepada Scha yang belikan kek chocolate yang sedap untuk Hanum dan sahabat-sahabat Group C sempena birthday Hanum semalam, THANKS!
kind of la...
*sorrylupeamekgambar*

Untuk Ellyna, sahabat Group C yang paksa Hanum terima dia belanja burger gibnah and nescafe yang sedap dan murah sampai kena marah..wwuuuu *birthdaygirlkenamarah..sedih*, THANKS!
*sorryadagambarnije*

Untuk Najah yang belikan beg cumel tu, insya Allah simbol persahabatan >,<, THANKS!

Untuk Nadia Ahmad Roslan, sahabat Hanum dari sekolah lagi, yang travel dari Mansoura yang serba canggih sampai Tanta yang serba kekurangan, bawakkan CINNAMON ngan Mr Crab, THANKS!

Untuk Mira Natasya, Dayang, Sue, Tiqah Milido yang bersama-sama masak nasi yang sedap tu.. THANKS!
*again,sorry xde gambar*

Dan untuk sahabat yang jauh, yang amat-amat disayangi..
MURNI, AZLYN, NINA, ANA (ni dekat kot?), FARAH, SAIRA
untuk video yang amat-amat menyedihkan, 
THANKS!
(i really miss and missed you guys.. Miss and Missed the old time that we used to laugh, travel, eat and all that together.. Still, sampai sekarang kita tak pernah makan sama-sama kat apa nama restaurant macam hotel tu? Anggerik eh? haha..lupa lah.. but guess what, i miss you guys. A LOT! nanti kite cerita kat entri lain eh??hehe)

Untuk Ahli Beit Dan Sahabat Dunia Akhirat, Insya Allah,
ANA, KAK UMI, MALA, AZWA, NENA, NAJAH, TIQAH, HANAN, RAIHAN, NADIA,
yang berusaha untuk simpan 'rahsia' surprise birthday party, yang sedaya upaya nak masak sedap-sedap sampai ada yang jadi Cinderella, yang nyanyikan lagu ramai-ramai sambil Nena main gitar, yang suapkan Hanum masa makan tu, yang bagi Hanum pengalaman menyambut birthday yang pertama di Mesir yang sangat menggembirakan,






THANK YOU VERY VERY A LOT OF MUCH!

Dan sekali lagi JAZAKILLAHU KHOIRON KATHIRON semua..
Moga Allah berikan kebahagiaan yang lebih baik kepada anda semua!

Monday, March 12, 2012

Kemanisan Ukhwah

Assalamualaikum sahabat-sahabat..

Hanum rasa, ini entry pertama yang Hanum bagi salam kan? Hanum minta maaf eh, kalau sebelum ni pakai masuk je! Hihi.. 
undefined

Kakak-kakak Hanum kat Tanta ni selalu sebut, tingkat tertinggi dalam ukhwah adalah Itsar . Dan yang paling rendah adalah berlapang dada. Kalau nak capai peringkat yang tinggi ni, amat-amatlah susah. Jadi, apa kata kita sama-sama cuba capai peringkat yang rendah ni dulu.

Dulu, masa pertama kali Hanum dengar, "berlapang dada", Hanum selalu fikir, "owh, aku rasa aku dah berlapang dada dah. Aku selalu je buat kerja untuk kawan aku. Sabar je dengan diorang."

Tapi sekarang, Hanum sedar, Hanum belum capai tahap tu lagi sebenarnya. Dan Hanum sedar, nak berlapang dada ni sangatlah susah. Sampaikan satu masa ni, Hanum boleh menangis. Bukan sebab dibuli, tapi sebab marah dengan diri sendiri. Kenapa susah nak sabar? Kenapa susah nak redha? Kenapa susah nak berkorban semua?

undefined

Kalau tak ada sikap ni, macam mana nak capai Itsar? Macam mana nak capai kemanisan ukhwah tu? Dan Hanum sedar, sekarang, Allah banyak ajar Hanum. Dan yang paling terangnya sekarang, Allah ajar Hanum untuk berlapang dada. Allah ajar Hanum untuk senyum dengan semua yang berlaku. 

Bercakap tentang ni, buat Hanum teringat kata-kata Kak Sakinah masa Hanum duduk dengan kakak-kakak dekat Beit Wafa hari tu. 
"Hanum tak sorang-sorang lah, kan Hanum kan?"
Hanum senyum je masa tu. Aah, kak. Hanum tak sorang-sorang, Allah dengan Hanum setiap masa. Hiburkan hati Hanum setiap kali Hanum bosan. Gembirakan hati Hanum masa Hanum sedih. Hadirkan insan-insan yang sangat baik dalam hidup Hanum.

Pernah Hanum doa, semoga Allah temukan Hanum dengan mereka yang Hanum tahu mampu bimbing Hanum. Allah makbulkan, dan bukan seorang, tapi ramai sangat! Hanum happy.. Sahabat-sahabat, mintaklah dengan Allah.. Dia akan makbulkan, insya Allah.. =)


Kak Sakinah pernah cakap masa Hanum bagitahu dia tentang kemanisan ukhwah tu. Dia ingatkan Hanum sesuatu..
"Dan bila kemanisan ukhwah tu mula dirasai, masa tu lah kita akan diuji."
Tinggal kita aje nak tempuh ujian tu dengan sabar ataupun dengan cara sebaliknya. Dan itu buat Hanum sedar sesuatu. Mengharapkan yang lebih baik pada masa akan datang, insya Allah.
undefined
Dan dengan keluarga baru yang Hanum jumpa sekarang, sangat harap mereka dapat bimbing Hanum ke arah yang lebih baik. Dan pada masa ni lah, Hanum boleh belajar untuk terus sabar, terus berkorban, terus redha dan akhirnya terus berlapang dada.

Satu hari nanti, dengan bimbingan mereka dan sahabat-sahabat semua, insya Allah, kemanisan ukhwah tu dapat Hanum genggam. Insya Allah, disinilah Hanum nak reka kenangan-kenangan yang manis bersama keluarga baru di sini. Amin..



Monday, February 6, 2012

Manisnya Ukhwah..

Adalah satu masa tu kan, Hanum rasa GILA DOWN! So, waktu macam ni, i really need someone to talk to. But the thing is, I dont know what my problem is. So, macam mana nak cakap? But still, i've learnt something from my past, bagitahu manusia tentang masalah kita, hanya akan merumitkan keadaan. So, kenapa tak cerita dengan Allah? Alhamdulillah, lepas pendam-pendam, walaupun Hanum tak tahu apa masalah Hanum, tapi sekarang rasa better walaupun tak selesai.

Hanum tahu, pendam itu tak baik. Sebab tu Hanum cerita kat Allah. Bukan nak menunjuk tapi nak bawa sahabat-sahabat semua untuk berhenti meminta dari manusia, sebaliknya, minta pada Allah. Insya Allah, akhirnya, Allah akan bagi kita seorang manusia yang mampu bersama kita mendengar masalah kita. But at last kita bagitahu orang jugak lah.. but still, pilihan Allah yang terbaik kan? Ceritalah dengan Allah dulu..

So, bila Hanum tension tak boleh study tu, Hanum teringat one of my very bestfriend masa form 4 dulu. i used to call her Ana. Nama dia Annasuha. Ana and me was like a twin! Hihi. Yeah seriously.. Kejap eh..

tadaaaaa!!! korang ada?

Belakang sekali Minem, yang tengah Hanum, yang depan ni Ana
Dalam Cable Car naik ke Genting


But of course dia lagi santek kan? Nope, that's not a problem at all. =)

Kitorang sama-sama masuk sukan memanah masa dekat sekolah dulu. She is my classmate. Masa Form 4 dulu, asyik nak berkepit je. Teringat masa pemilihan PRS.  Yeap, Hanum failed interview. And Ana dapat. Ana je tahu macam mana Hanum nak sangat jadi PRS. And sememangnya, satu-satunya sebab Hanum nak jadi PRS sebab Hanum nak jadi orang yang uruskan majlis sambutan pelajar baru tu. Itu aje. Hanum ingat lagi, kalau tak silap lah, masa tu Hanum tahan je nangis sebab tak dapat. Takkan nak tunjuk depan Ana? Dia dapat kot. So, kenalah tunjuk happy. Tapi Ana tahu je Hanum sedih. Dia lah pujuk Hanum masa tu.

Kalau bab study.. bila rasa malas, kitorang selalu cakap..

"When There's A Will, There's A Way"
Then masing-masing naik semangat balik. Kalau malas nak makan pun cakap benda tu. Kelakar je rasa. Bila dah selalu sangat bersama, mesti lah ada kontroversi kan? Siap tidur semua sama-sama. Sampaikan budak lelaki cakap kitorang lesbian! Tak guna betul! HAHA



Pernah je kitorang bergaduh. Bila dah baik balik, Ana cakap kat Hanum..

"Masa kita gaduh dulu, kau tak ada. Bila nak buat something, tak ada semangat, mesti aku cakap sorang-sorang. When There's A Will, There's A Way"

Rasa nak menangis je bila dia cakap macam tu. Haiihh.. Rindunya kawan macam tu. Seriously, lepas dari dia, Hanum tak pernah jumpa kawan macam tu lagi. Dengan Ana, Hanum nak  manja, nak menangis semua boleh. Dia baik je layan Hanum. Sporting je. Dulu kalau orang nak rapat dengan dia, mesti Hanum rasa cam jealous je. Tak boleeehhh! Yes, Hanum lagi jealous kalau orang rampas bestfriend Hanum dari rampas boyfriend Hanum. Tapi, sekarang kena akur. Mala kata, kawan kita tu bukan nak kawan dengan kita je. dia pun nak kawan dengan orang lain jugak kan?

so, itu lah. tahan je lah kan? hikhik. Insya Allah. Hanum MESTI akan jumpa jugak orang macam dia! baik macam dia! semua macam dia! Just kena sabar, tunggu dan lihat.. XD

by the way, Hanum sempat bergayut 2 jam dengan Ana semalam.. Ustaz Ahmadi kata, tak apa bazirkan duit untuk ukhwah. hihii.. umi kata? ERRR... oke3..  huh.. i miss her very very very much =(

Wednesday, February 1, 2012

Tanta Itu Luassss...

dah tak ada dah duduk hostel. dah berapa hari entah Hanum dengan Mala tidur dekat rumah ni. semalam baru secara rasminya semua Ahli Beit pindah. wahh.. penat tahu?

sepanjang proses pemindahan ni berlaku. orang yang banyak tolong --> DR. Shakir. actually, i dont really know how to spell it. but still, it's okay lah if u can just imagine his name kan? oke..

DR Shakir banyak habiskan masa beliau dengan melayan kami semua. penat tau. setiap pelosok Tanta ni dia bawak. semalam pergi beli meja. MURAH gila. kalau korang tengok kat Awal Bahr.. and bandingkan dengan Malaysia, mesti korang akan kata.. WOW! murahnya.. tapi kalau korang pergi tempat yang kitorang beli semalam.. LAGI MURAHHH!! sebab dari kilang punya. boleh pilih macam mana kita nak.

tempat tu nama dia Kathir. kalau dari kawasan rumah kitorang.. terus je.. dah sampai. naik tremco lah better. kalau dekat Awal Bahr korang dapat meja dalam 70LE = RM35.. kat Kathir korang boleh dapat 40LE-RM20. saiz yang sama. murah kan? suka gila semalam. however, sebab Hanum dah sangat lari budget, jadi.. tak terbelilah banyak-banyak (jadah? banyak2 nak buat apa?)

lepas selesai order semua (diuruskan oleh DR Shakir), then bayar deposit segala.. then ammu yang jaga kedai tu belanja kitorang air kotak perisa Tuffah (epal) jenama BEST. HAHA.

kat Kathir, takde orang Melayu. siapa nak duduk kat tempat yang jauh dengan Gamaah kan? so, bila penduduk kat sana nampak kitorang, diorang jadi sangat teruja. apapun, diorang baik. baik sangat. mula-mula jumpa budak-budak. Hanum seriously, malas nak layan. jujur cakaplah kan, Hanum tak suka budak-budak ni. nak kena jawab soalan bahasa arab diorang. tapi Mala sangat suka budak-budak. dia cakap, dia nak ambil gambar semua budak-budak Arab sepanjang dia ada kat Mesir.

so, semalam.. Hanum perhatikan lah Mala yang sangat rajin melayan budak-budak. DR Shakir pun tak kisah tengok kitorang melayan budak-budak kecik tu. HAHA.. time nak balik tu.. diorang sibuk panggil sebab nak bubbye. diorang ingat nama Hanum. kat sini, kalau nak perkenalkan diri kat orang Arab, i prefer to use Aminah as my name sebab diorang tak tahu maksud Hanum. bila cakap Ana Aminah.. mesti diorang cakap GAMILLL~ = JAMILL (fushah).. maksudnya cantik.. hehe.. kalau bagi kat orang melayu.. diorang cakap.. klasik! CEYT!

on the way balik tu.. nampak lah kambing biri-biri, khoruf, dengan kerbau tengah makan rumput. yang kambing tu.. COMELLL GILA! then, Hanum nak ambil gambar.. dari jauh.. tapi ammu yang jaga kambing tu cakap.. "suarr?? ta'al, ta'al!" maksudnya.. "gambar? mari, mari!" dia bagi ambil jarak dekat punya. ingat kan dia nak marah sebab ambil gambar. hehe. ada orang kan tak suka? tapi tu lah.. orang kat Kathir semuanya baik!

banyak lagi tempat kat Tanta yang belum Hanum jelajah lagi. kat Awal Bahr tu pun, hari tu dok jalan dengan Mala.. jumpa jalan baru.. rasa macam.. WOOWWW! bestnya barang kat situ. tapi masa tak izinkan kitorang untuk jalan lama. insya Allah, dah habis final nanti, Hanum nak belikan family dan kawan-kawan barangan Tanta. and of course.. Hanum nak belikan mereka chocolates banyak-banyak as my family love chocolates a lot!

so here we go.. ini gambar-gambar yang Hanum ambil dengan Mala sepanjang hari semalam. owh, gambar Hanum tak ada sebab sejak kebelakangan ni, serious..rasa malu nak bergambar.hehe XD

dalam tremco dari Siberbay ke Awal Shober.
Mala and Ahmad

Ahmad's Parents

pemandangan belakang imarah.
dari balcony bilik Mala

Mala with her new friend, tak tahu nama

with family of Mala's new friend

 group of VERY FRIENDLY children!!

lepas ambil gambar yang atas tu, this girl asked me.. "taniii! tani!!"
it means "lagi.. lagi.."
she loves camera a lot, i guess

this was a goat that was abandoned buy his owner..
really cute, right?

~SILA KLIK BANYAK2~