Sebelum cerita, nak cakap.. SANAH HELWAH YA GAMILAHHH! hehe.. Sanah Helwah, Kak Mardhiah. Moga mumtaz dunia akhirat. Amin~ *sila aminkan beramai-ramai*
Sekarang baru masuk cerita tentang final.
Jujurnya ini kali pertama Hanum rasa takut sangat. Nak tidur tak mampu, makan pun tak mampu. Bila semua tak mampu.. Hanum mampu nangis je. Mengharapkan yang terbaik. Jujur lagi sekali, Hanum menyesal pilih bilik sorang. InsyaAllah, setahun je lagi, Hanum.
Dari semalam sampailah berjalan ke Gamaah tadi, menangis je. Takut yang amat. Then, whatsapp umi. Mulanya ingat taknak umi risau, pastu fikir, better umi risau sekarang, dari bagi harapan kat umi pastu umi risau nanti.
Dah cerita semua bagai.. Umi cakap..
"Aminah boleh, Aminah. Ingat, Allah tu ADA. Dia mesti tolong Aminah.. Dah, tenang. pergi beli chocolate. Kalau ada madu, makan madu. Tu untuk kuatkan ingatan."
Wahh.. lagi terharu. Umi, rindu umi. Kalau dulu, setiap kali nak beli chocolate depan umi, mesti umi tak bagi. Umi tak suka chocolate. Tapi bukan nak larang kitorang makan, tapi nak jaga kitorang dari lebih glucose. Kitorang beli je chocolate tu. Lepas tu, bawak balik tunjuk kat umi buat muka tak bersalah. Lepas tu, penuhkan peti sejuk. hek hek. Sabar je umi..
Dah sampai gamaah. control macho. Beli chocolate, then makan sambil belajar. baru tenang sikit. Tapi bila paper soalan sampai, menggelabah balik. Nak nangis balik. Tapi bila dah tulis nama, Alhamdulillah. oke balik.
Alhamdulillah, Allah mudahkan. Hanum tak boleh jamin Hanum jawab dengan baik. Tapi Hanum rasa okelah sebab Hanum tak tinggalkan kosong even Hanum tak tahu. Masih boleh ikut logik akal.
Balik rumah, tengok wifi.. Lepas tu, skype dengan umi abah. Cerita makanan kat sini. Buah-buah semua. Musim panas kat sini, ada banyak sangat buah. Sampai ada yang tak terasa lagi. Lepas satu musim, musim buah lain pulak yang datang. Musim buah sebelumnya pun tak habis lagi. BEST SANGAT!!
Then, pergi Beit Wafa sambut birthday Kak Mardhiah. Mulanya berat nak pergi, tapi fikir.. periksa, periksa jugak. Ukhwah yang manis jangan masamkan. So, pergilah jugak. Baru tahu dorang nak buat surprise. Ingatkan suka-suka. Lepas tu, makan kek Tanta yang first time Hanum rasakan sedaaaappppp sangat! SERIOUS! Kali ni, i really have to admit this.. Kek tu lagi sedap dari Secret Recipe! Bezanya, Secret Recipe besar and tebal. Itu je!! Dorang bagi Hanum makan nasi ayam jugaakk. SEDAP sangat!
Alhamdulillah, bukan makanan je Hanum dapat. Hanum dapat tips untuk periksa oral jugak. berdebar dah ni. Dan last thing Hanum MESTI KENA INGAT, jangan pernah putus harapan untuk MUMTAZ. Keputusan periksa itu kerja Allah untuk tentukan. Jangan pernah fikir positive. Tawakal dari mulaaaaa kita belajar. Jangan pernah putus harapan, Hanum. Allah knows the best. Kalau mumtaz itu bukan yang terbaik buat Hanum, maka redha je lah. Allah tahu apa yang mampu dan tak mampu untuk Hanum lalui. Allah itu Adil dan Bijaksana. So, untuk korang juga, jangan pernah putus asa! Jangan pernah sekali pun! Sentiasa mintak MORE kat Allah. Allah suka bila kita tamak dengan Allah tapi kita still ingat Allah. Dah dapat semua, jangan lupa sujud syukur.
Owh, tips untuk kakak Hanum jugak. Esok dia periksa. Rabbuna Yusahhil, Amirah. Sentiasa saling mendoakan, k? Insya Allah.
Lastly, Thanks untuk semua yang dah tolong Hanum untuk naikkan balik semangat Hanum. Luruskan balik pemikiran Hanum. Dekatkan balik Hanum dengan Allah. Thanks untuk semua! Thanks sangat. Semoga peringatan korang ni bagi balasan yang lebih baik kepada korang. Mumtaz Dunia Akhirat untuk Ummah!!
owh nak tinggal lagi satu pesanan. Tapi taknak specific sangat. Just nak cakap, saya bukan manusia sempurna. DULU atau SEKARANG, saya masih tak sempurna. Tapi saya sedang cuba untuk mendekati kesempurnaan tu. Insya Allah, Allah mudahkan. Oleh itu, saya perlukan orang-orang yang seperti anda semua untuk menyempurnakan saya. Maaf kalau ada yang tak suka dengan perwatakan saya dulu tu. Maaf sebab tak mampu nak happykan semua orang. =D