HEYYYY!!! Follow me!

Tuesday, December 3, 2013

Hot topik masa kini; Kahwin Muda?

Assalamualaikum semua..

Lama ke Hanum tak update blog ni? hmm.. Banyak benda nak cakap sebenarnya tapi sebab tak reti nak bagi ayat terbaik, makanya tangguhkan dulu perkara tersebut.

Topik ni macam mengundang bahan orang je sebenarnya. Tapi sebab teringin jugak nak meluah, tulis jugak. Muehehehe..

Sebenarnya, sejak kebelakangan ni, ramai yang tanya pasal kahwin. Lagi terkejut bila soalan tu keluar dari mulut umi. Haha! Kahwin muda sekarang macam satu benda yang perlu pun ada. sampaikan kalau 25 tu da macam andartu pulak.  Kalau ikutkan, nak elak dari maksiat. Alhamdulillah, kalau itu niatnya, maka baiklah. Tapi kalau kahwin untuk buat orang jeles atau nak balas dendam bagai, tu lain pulak ceritanya.

Tahun lepas, masuk je tahun dua, Hanum start rasa sangat sangat nak kahwin. Oh gatal sungguh beta. Tapi, masa tu Allah je tahu kenapa Hanum sangat nak kahwin. Dan itu rahsia! hihi. Sepanjang tahun 2 di Mesir ni, asyik nak kahwin je. Entah apa-apa je. Siap letakkan kriteria pasangan tu, mestilah ustaz.

Hanum beruntung. Dari sudut positifnya, Hanum nampak hikmah-hikmah yang Allah cuba sampaikan dengan setiap perkara yang jadi. Bila Hanum letakkan nak pasangan yang romantik, Allah kenalkan Hanum dengan seorang itu. Bila letakkan nak seorang ustaz, nak seorang lelaki yang egonya tinggi, tak manjakan Hanum, juga Allah temukan. Bila kata temukan ni, bukanlah maknanya couple ya. Jangan salah faham. Bila Hanum rasa nak kahwin, Allah gerakkan hati untuk involve persiapan kakteh. Yang paling tak disangka-sangka, Hanum merasa jugak pengalaman dilamar.

Tapi, dari kesakitan, kekecewaan semua, perasaan nak kahwin tu sedikit demi sedikit hilang. But still, masih ada rasa cemburu dengan mereka yang dah pun jumpa jodoh mereka. Tapi Hanum sedar, diri belum cukup matang untuk menjadi seorang isteri. 

Hanum belum sedia lagi nak utamakan orang lain lebih dari umi, lebih dari adik beradik lain. Hanum belum ready lagi nak pikul semua tanggungjawab sebagai seorang isteri, Layakkah nak kahwin?

Dan dari setiap seorang yang Hanum kenal, Hanum mula sedar sesuatu yang perlu dalam diri pasangan Hanum dan diri Hanum. dan dengan kesedaran itu, Hanum mula letakkan ciri-ciri yang lebih tinggi untuk pasangan Hanum. Err, itu rahsia.

Dalam masa yang sama, letakkan target dalam diri juga untuk berubah. Teringat facebook post Syabab Musafir Kasih.. "letakkan 3 tahun untuk berubah, tahun pertama pasang niat, tahun kedua kumpul semangat, tahun ketiga, cuba istiqamah"

Belum terlambat rasanya untuk Hanum berubah. Hanum cuba muhasabah diri sendiri. 3 tahun yang lalu.. (2010), Hanum masih di Uitm Puncak Alam. Membayangkan perangai, tingkah laku, pakaian Hanum yang dulu.. Ya Allah, walaupun tak seteruk yang lain, tapi sungguh! Hanum malu sangat. Nak tunjuk dekat perempuan pun malu. Tahun ini, tahun ketiga Hanum di Mesir, dan tahun ni, Hanum meletakkan cabaran ke atas diri sendiri. Cuba istiqamah dengan pakaian Hanum sekarang walaupun di Malaysia.

Mungkin ada yang kata, Hanum berubah sebab laki. Tak apa, Hanum tak kisah. Bagi Hanum, perubahan ni, untuk diri Hanum sendiri, Yang buruk itu aib Hanum.

"Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya"

itu yang Allah janjikan. Masih belum terlambat untuk berubah jadi baik supaya pasangan kita pun yang terbaik. Macam mana pun jodoh Hanum tu, Hanum harap sangat, dialah orang yang akan didik Hanum tanpa jemu. Bagi teguran penuh berhikmah. Ingatkan Hanum tanpa satu pun keluhan. Sama-sama beri semangat dikala salah seorangnya jatuh. InsyaAllah, semua tu akan Hanum bayar dengan rasa hormat Hanum.

Apapun, im not ready yet. Bila memikirkan kepayahan berkahwin.. Maka, Hanum tak rasa Hanum mampu lagi. Especially bila fikir nanti umi seorang je. Nope! Hanum tak ready. Selagi diri tak matang, selagi diri tak cukup nilai kewanitaan, maknanya, Hanum tak layak lagi nak kahwin.=D

Saturday, November 16, 2013

HIJRAH...

Hari ini masuk hari ke 20 arwah abah pergi dan semalam, terima satu berita kematian seorang sahabat ketika di sekolah dulu, Azem Sameer. Hanum tak pernah sekelas dengan arwah, tak pernah borak pun dengan arwah, tapi 5 tahun kami belajar di sekolah yang sama, sedih beliau pergi pastinya terasa. Dan abah, hari ni, menitis lagi air mata Hanum. Ya Allah, kuatkan hambaMu ini. 

Bagaimana tidak? Setiap kali pelajaran bermula, kebanyakkan contoh yang diberikan doctor, adalah jangkitan paru-paru. Setiap kali itu juga, Hanum tahan menangis teringatkan abah. Sungguh terkilan, Hanum tiada di Malaysia.. Ya Allah, perancanganMu yang terbaik.. InsyaAllah abah tenang di sana. Al-Fatihah~

Hari demi hari, seorang demi seorang pergi meninggalkan kita.  Mungkin esok lusa, giliran kita. Hanum mula menilik muka sendiri. Mana tahu, perubahan pada wajah, Allah tunjukkan.. tanda esok giliran Hanum?

Hanum teringat niat Hanum semasa tahun pertama Hanum disini. Melihat kakak-kakak, melihat qudwah mereka.. Subhanallah, sungguh! Hanum nak berubah. Hanum tanamkan niat dari tahun pertama, pakai tudung labuh, dan berniqab. Tapi tudung labuh masih belum istiqamah. Dan akhirnya kini, jejak kaki di bumi Mesir untuk teruskan tahun 3, Hanum nekad untuk berniqab. 

Perlahan-lahan, insyaAllah. Pada mulanya, Hanum tak tahu kenapa hendak berniqab. Pada sesetengah orang, tak perlu, tak wajib, bukan aurat. Tapi Hanum masih tetap mahu berniqab. Hanum pandang, tudung labuh dan niqab tu, indah! 

Dan kini, bila Hanum mula berniqab, Hanum nampak kelebihannya. Di sinilah Hanum mula menahan nafsu. Menahan nafsu untuk berfesyen, menahan nafsu untuk ikhtilat, Hanum tak rasa nak pandang ikhwah, Hanum rasa berganda lebih selamat dan sebagainya. 

Ya, ikhtilat. Sungguh! Itu cabaran terbesar buat Hanum. Hanum tekad, bila Hanum mula berniqab, Hanum mula kuat untuk bertudung labuh, tutup sepenuhnya, Hanum akan jaga akhlak Hanum juga. Tekad, tak mahu kerana Hanum, mereka yang bertudung labuh, berniqab, dipandang serong. 

Bagi Hanum, sayang. Environment Hanum sekarang sangat cantik untuk berubah. Kalaulah Hanum tak grab peluang itu, maka rugi seruginya. Sayang bila kita didedahkan dengan kebaikan tapi masih terus lakukan perkara batil. Sayang, bila kita dipandang tinggi kerana pakaian kita tapi akhlak kita menghampakan. Ya, dosa aurat dan tingkah laku itu berbeza, tapi biarlah sebolehnya qudwah terbaik kita cuba berikan kepada mereka.

Ini yang Hanum tanamkan dari dulu. Kalau nak berubah, ubah sepenuhnya. Kalau nak pakai tudung labuh, jangan malukan mereka yang memang bertudung labuh dan jangan biarkan mereka yang ingin berubah kecewa dengan akhlak kita. Moga Allah kuatkan Hanum untuk istiqamah.

Mohon kakak-kakak dan sahabat-sahabat juga terus bagi semangat untuk Hanum berubah, InsyaAllah. InsyaAllah, balik Malaysia tahun depan sebagai seorang muslimah. Moga agenda-agenda Mesir tertunai tahun ini. insyaAllah. =D


~SILA KLIK BANYAK2~