HEYYYY!!! Follow me!

Saturday, March 3, 2012

FITRAH

Bila sebut Fitrah.. bukan bermaksud Fitri dan Sarah. eh? Hehe.. teringat Abang Fitri dengan Kak Teh. XD

Pagi tadi Hanum ada program Sahabat Cinta. Apa yang terkesannya pada Hanum adalah waktu Kak Khadijah cakap pasal fitrah manusia. Kalau ikutkan sebenarnya, fitrah manusia itu sukakan keagamaan. Macam mana pun dia, dia mesti ada jugak sikap cinta pada agama. Dan bila kata fitrah maksudnya sesuatu yang kita tahu kebiasaannya ada pada seseorang tu. Dan bila kata fitrah manusia, bermakna sesuatu yang NORMAL ada pada manusia.

Dan bila Kak Khadijah kata pasal fitrah manusia sukakan keagamaan, ada sesuatu yang terkesan pada Hanum. Kak Khadijah kata, kita memang suka pada keagamaan tapi kita juga ada nafsu yang besar yang menghalang fitrah tersebut. Cumanya, kita sendiri kena tahan nafsu tu.

Dulu, sebelum pergi sini, Hanum cakap kat diri Hanum and even kat kakak Hanum pun..

"Aminah nak pergi Mesir ni, tengok gambar-gambar kakak senior semua pakai tudung labuh. Aminah taknak pakai tudung labuh."

Jujurnya lagi kan? Hanum taknak join kelas-kelas agama, kelas-kelas bahasa. Sebelum Hanum pergi sini, Kak Teh banyak kali cakap, "Nanti kat sana, Aminah pergilah kelas-kelas tu.. kat sana banyak kelas tau."

Umi pun selalu cakap macam tu. Dalam hati Hanum, "kenapa nak kena join semua tu?"

Jujur Hanum taknak semua tu. Hanum nak jadi macam mana Hanum kat Malaysia. Hanum nak orang tengok Hanum, langsung tak berubah.

TAPI...

Bila Hanum pergi sini, Hanum duduk dengan kakak-kakak kat sini. Tengok diorang pakai sopan, Hanum tertarik. Inilah perhiasan sedunia sebenar. Akhlak dia number 2. First impression itu penting. Kalau tiba-tiba tengok akhlak tak oke, cuba ingat balik, kita tak boleh samakan pahala akhlak dengan pahala tutup aurat kan? Dua benda yang berbeza. Siapa kita nak hitung pahala dia?

Cukup seminggu Hanum kat sini, Hanum call umi.. Hanum minta umi hantarkan tudung labuh kat Nadia. Hanum nak pakai balik tudung labuh. Kali ni Hanum tekad nak istiqamah.

Itu cerita tudung labuh. Kalau cerita pasal kelas pulak, pun pasal senior jugak. Usaha senior-senior yang tak pernah jemu ajak Hanum pergi kelas yang diorang buat. Ya, Mesir penuh dengan ilmu. Mencurah-curah. Dan setiap ilmu itu percuma, gunakan sebaiknya. Itu yang Hanum pegang. Sebolehnya, Hanum cuba tak missed kelas-kelas yang kakak-kakak atau abang-abang anjurkan. Cuma yang payahnya TWEET lah.. Mungkin sebab dia buat setiap minggu. Jadi, Hanum ambil ringan je.

Dan semua ni buat Hanum terfikir. Kenapa Hanum tak stick dengan keputusan Hanum yang dulu? Yang taknak pakai tudung labuh. Kenapa Hanum pergi kelas-kelas tu? Kenapa Hanum nak dekat lagi dengan Islam? Jawapan yang Hanum dapat.. kerana agama itu FITRAH manusia. Dan kita tentunya akan rasa mudah bila kita mengikutinya. Ya, tiada yang berliku dalam agama melainkan kemalasan dan nafsu yang membataskan kita.

Jadi, sebagai satu pengumuman umum lah kan.. Hanum nak bagitahu, bukan berbangga tapi supaya mereka tahu. Hanum baru melepaskan nafsu terbesar Hanum. Mulanya pedih. Tapi bila Hanum berpegang pada satu benda ni, Hanum jadi mudah..

"ALLAH akan memudahkan jalan bagi hambaNya yang inginkan kebaikan"

Apa yang Hanum nak cakap, jangan takut buat kebaikan. Kalau rasa takut, itu hasutan syaitan. Percaya, Allah bersama kita.

Dan kesannya, Ya, Allah mudahkan jalan Hanum. Hanum lepaskan semua tu dalam keadaan yang baik dan perkara tu seolah-olah tak berlaku. Dan insya Allah, lepas ni, akan jadi lebih baik dari sebelumnya. Maka, tenanglah kerana Allah bersama kamu. So, SMILE!!!! ngeee XD
 


3 comments:

Faaaaaaaar said...

Hee, kak hanum.. entry yg ni besttt.. sebab sblm dtg sini pun niat tak nak berubah tapi bila sampai sini tengok kakak2x senior.. drg cantik.. cantik in everything :)

Dukturah Hanum said...

Thanks, sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan. Innallah ma'ana. :)

Dukturah Hanum said...

Thanks, sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan. Innallah ma'ana. :)

~SILA KLIK BANYAK2~