HEYYYY!!! Follow me!

Showing posts with label University of Tanta. Show all posts
Showing posts with label University of Tanta. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Post-First Year Exam

Bunyi macamlah Post-PMR punya program aaannn.. haha

So, here we goes. Alhamdulillah, Hanum dah selesai paper kelmarin. Tapi hari ni baru nak borak kan. Oke, Lat exam was Oral Biochem. Jujurnya, untuk oral ni, Hanum study sebelum nak masuk tu. Sebabnya Hanum takut belajar belajar, pastu ternampak salah kat mana. huiihh.. But still, buat macam tu pun, tiba-tiba dengar orang bincang, pastu stress sendiri. haha. Sayanglah.. Biochem maybe killer subject untuk orang yang tak ambil Medic, tapi Biochem tu subject yang senang nak bandingkan dengan subject lain dalam Medic ni. So, kalau salah sikit je.. rasa nak meraung sedunia. -.-

Oke, pagi tu indah dari biasa. Eh, ni gambar masa written Biochem. Sebab masa ni Hanum tergerak awal gila! Start pukul 10, Hanum gerak pukul 7. Nervous punya pasal -.-

Ini dia KULIAH AT-TIBB =)

Pemandangan waktu pagi universiti. Hari tu, lebih berkabus dari biasa -.-

Then, Alhamdulillah, Hanum dah habis pun jawab periksa. Sekarang debaran menunggu result pulak. Tak mampu nak bincang result ngan orang lain. Sekarang ni, Hanum memang tak boleh nak rasa takut-takut ni, sebab rasa nak pengsaaaannn tahu? So, kena banyak doa! Doakan Hanum oke?

So, habis je oral biochem, Hanum pun pergi lah Fathallah, kononnya nak cari beg laptop. Tapi mahal pulak. Tak mahal sangat pun, tapi, kalau mahal camtu, baik beli kat Malaysia kan? So, cari barang sukasuki kat Fathallah. Then, balik rumah jap. Petang tu, Hanum, Kak Umi ngan Mala pergi Hadhrolmaut. Hanum tak tahu kalau tukar rumi macam mana eja dia. Hehe.

Nasi ni, kat Malaysia pun ada dorang cakap. Mungkin ni lah nasi arab yang bersungguh umi nak ajak kitorang pergi dulu tu. Kat Setiawangsa dah ada restauran Arab! YAAYY! dah lama dah -.-

SERIOUSLY LAGI BERBALOI DARI TARBOUSH YANG BAPAK MAHAL DAN TAK SEDAAAPPP!

So, ini gambarnya..

Hadrolmaut lahmah wa firakh
Sebelah tu sambal ngan sayur yang sedap!

Ini lah Hadhrol maut Firakh - 12LE

Ini Hadhrolmaut lahmah - 40LE

bukan nak tunjuk kak umi, tapi nak tunjuk panjangnya beras tu!
tak ada DSLR nak focus kat nasi tu.. sob3


Saya dan makanan =)
*rasa kurus sikit pulak -.-*

Mesti pergi lagi sebelum balik nanti! Lepas ni dengan Kak Amal pulak =D

Lepas tu, kitorang pergi Gomlah! Kononnya, Gomlah ada skirt ngan jubah murah segala. Tapi kitorang salah jalan. sob3.. Pastu jalan je lah ikut suka. Sampailah tembus Souk Gaban. Masa ni, Kak Umi ngan Mala dah penat gila dah. Hanum tak rasa penat sebab Hanum seronok lalu jalan baru tu. Tapi bila balik, perggghh! PENAT!

Jalan punya jalan, then tembus satu tempat ni. satu jalan yang panjang gila tu, dipenuhi dengan khemah-khemah tembikai! SANGAT TERUJA! So, this is one of them.

Mungkin sinilah supplier tembikai tu..

Lepas tu jalan lagi. Hanum terasa Awal Bahr dah dekat sangat. Pastu ingat nak ambil tremco dari Awal Bahr, better lah dari patah balik pergi Gomlah. Pastu pergi kedai tanya orang, direction Awal Bahr. Peliknya, orang tu tak tahu Awal Bahr? -.-
Then tanya direction Souk Gaban.. Lepas tanya main road ke arah mana. Maka wujudlah bahasa rojak Arab-English di situ. Haha. Nasib baik orang tu boleh cakap English. Owh, mungkin tak cakap english, tapi dia faham English. =)

Jalan punya jalan, lepas tu jumpa kedai yang best! Macam Speedmart gittew. Jalan depan sikit, jumpa kedai bakery & manisan. Cantik je kedai tu. Ingat nak beli ice cream, tapi macam tak berbaloi, so, tak beli. Then, jalan depan lagi, tiba-tiba nampak kedai komputer. Kemas! Then, cari beg laptop. Alhamdulillah, 80LE je.. Puas hati lah! Sebab beg macam ni, ada span kat belakang, kalau kat Malaysia dekat RM200, tapi kat sini RM40? whooahh! =O

Nape gambar ni nampak tak cantik pulak? -.-

So itu aktiviti hari pertama Hanum habis exam. Hari kedua pulak, siangnya, dipenuhi dengan bake cake. Sebab dah janji dengan Najah. Plus, Hanum memang teringin nak makan kek tu. Hanum tak ambil gambar kek tu sebab kek tu tak kemas. sob3. Tapi cepat je habis. Tak sangka ramai yang datang rumah Najah petang tu. Kalau tak, memang buat lebih lah. Dorang cakap sedap, YAAYY!

Tengah hari, tolong Kak Fatin kemas rumah dia sebab dia nak pindah Cairo dah. Ikut suami kot. Jauh lah lepas ni, kalau tak belakang rumah je.

InsyaAllah, jumpa lagi..

Malam pulak, Hanum duduk rumah sorang-sorang skyping dengan kawan Hanum kat Malaysia. Mana housemates? Diorang pergi Awal Bahr together-gether with Shahir.

Semalam agak letih jugak lah. Dari pagi asyik turun naik rumah. Baru nak rehat makan-makan, tiba-tiba Kak Amal call ajak pergi rumah Kak Fatin. So, takkan taknak pergi as kita tengah free kan? Lagipun kali terakhir kot.

Owh! Nak kongsi. Ni makanan ruji Hanum sekarang. Tukarkan nasi dengan kentang. Orang kata better. Tapi kentang yang ni nampak banyak an? Kecik je ni. Bukan habis pun.-.-


sila telengkan kepala ke kanan -.-

So, itulah aktiviti Hanum setakat ni. Hari ni pulak nak pergi Husin. Cari barang-barang orang Malaysia. Paling penting kena beli UNTA WARNA WARNI! Hanum sangat nak unta tu. Satu-satunya sebab Hanum nak pergi Husin. Sengal je rasa an? Haha.

Oke.. Nak sambung marathon RunningMan yang dah lama tertangguh. sob3.
Doakan Hanum dan kawan-kawan oke?
Assalamualaikum~


Monday, June 4, 2012

First Final Di Bumi Tanta

Sebelum cerita, nak cakap.. SANAH HELWAH YA GAMILAHHH! hehe.. Sanah Helwah, Kak Mardhiah. Moga mumtaz dunia akhirat. Amin~ *sila aminkan beramai-ramai*

Sekarang baru masuk cerita tentang final. 


Jujurnya ini kali pertama Hanum rasa takut sangat. Nak tidur tak mampu, makan pun tak mampu. Bila semua tak mampu.. Hanum mampu nangis je. Mengharapkan yang terbaik. Jujur lagi sekali, Hanum menyesal pilih bilik sorang. InsyaAllah, setahun je lagi, Hanum. 

Dari semalam sampailah berjalan ke Gamaah tadi, menangis je. Takut yang amat. Then, whatsapp umi. Mulanya ingat taknak umi risau, pastu fikir, better umi risau sekarang, dari bagi harapan kat umi pastu umi risau nanti. 

Dah cerita semua bagai.. Umi cakap..

"Aminah boleh, Aminah. Ingat, Allah tu ADA. Dia mesti tolong Aminah.. Dah, tenang. pergi beli chocolate. Kalau ada madu, makan madu. Tu untuk kuatkan ingatan."


Wahh.. lagi terharu. Umi, rindu umi. Kalau dulu, setiap kali nak beli chocolate depan umi, mesti umi tak bagi. Umi tak suka chocolate. Tapi bukan nak larang kitorang makan, tapi nak jaga kitorang dari lebih glucose. Kitorang beli je chocolate tu. Lepas tu, bawak balik tunjuk kat umi buat muka tak bersalah. Lepas tu, penuhkan peti sejuk. hek hek. Sabar je umi..

Dah sampai gamaah. control macho. Beli chocolate, then makan sambil belajar. baru tenang sikit. Tapi bila paper soalan sampai, menggelabah balik. Nak nangis balik. Tapi bila dah tulis nama, Alhamdulillah. oke balik.


Alhamdulillah, Allah mudahkan. Hanum tak boleh jamin Hanum jawab dengan baik. Tapi Hanum rasa okelah sebab Hanum tak tinggalkan kosong even Hanum tak tahu. Masih boleh ikut logik akal.

Balik rumah, tengok wifi.. Lepas tu, skype dengan umi abah. Cerita makanan kat sini. Buah-buah semua. Musim panas kat sini, ada banyak sangat buah. Sampai ada yang tak terasa lagi. Lepas satu musim, musim buah lain pulak yang datang. Musim buah sebelumnya pun tak habis lagi. BEST SANGAT!!

Then, pergi Beit Wafa sambut birthday Kak Mardhiah. Mulanya berat nak pergi, tapi fikir.. periksa, periksa jugak. Ukhwah yang manis jangan masamkan. So, pergilah jugak. Baru tahu dorang nak buat surprise. Ingatkan suka-suka. Lepas tu, makan kek Tanta yang first time Hanum rasakan sedaaaappppp sangat! SERIOUS! Kali ni, i really have to admit this.. Kek tu lagi sedap dari Secret Recipe! Bezanya, Secret Recipe besar and tebal. Itu je!! Dorang bagi Hanum makan nasi ayam jugaakk. SEDAP sangat! 


Alhamdulillah, bukan makanan je Hanum dapat. Hanum dapat tips untuk periksa oral jugak. berdebar dah ni. Dan last thing Hanum MESTI KENA INGAT, jangan pernah putus harapan untuk MUMTAZ. Keputusan periksa itu kerja Allah untuk tentukan. Jangan pernah fikir positive. Tawakal dari mulaaaaa kita belajar. Jangan pernah putus harapan, Hanum. Allah knows the best. Kalau mumtaz itu bukan yang terbaik buat Hanum, maka redha je lah. Allah tahu apa yang mampu dan tak mampu untuk Hanum lalui. Allah itu Adil dan Bijaksana. So, untuk korang juga, jangan pernah putus asa! Jangan pernah sekali pun! Sentiasa mintak MORE kat Allah. Allah suka bila kita tamak dengan Allah tapi kita still ingat Allah. Dah dapat semua, jangan lupa sujud syukur. 

Owh, tips untuk kakak Hanum jugak. Esok dia periksa. Rabbuna Yusahhil, Amirah. Sentiasa saling mendoakan, k? Insya Allah.


Lastly, Thanks untuk semua yang dah tolong Hanum untuk naikkan balik semangat Hanum. Luruskan balik pemikiran Hanum. Dekatkan balik Hanum dengan Allah. Thanks untuk semua! Thanks sangat. Semoga peringatan korang ni bagi balasan yang lebih baik kepada korang. Mumtaz Dunia Akhirat untuk Ummah!!

owh nak tinggal lagi satu pesanan. Tapi taknak specific sangat. Just nak cakap, saya bukan manusia sempurna. DULU atau SEKARANG, saya masih tak sempurna. Tapi saya sedang cuba untuk mendekati kesempurnaan tu. Insya Allah, Allah mudahkan. Oleh itu, saya perlukan orang-orang yang seperti anda semua untuk menyempurnakan saya. Maaf kalau ada yang tak suka dengan perwatakan saya dulu tu. Maaf sebab tak mampu nak happykan semua orang. =D

Monday, May 28, 2012

Tarbiyyah, Perlu Ke?

Mungkin luahan kali ni panjang sikit. Maaf ya?Hanum terfikir tentang sesuatu yang buatkan Hanum sedikit tidak puas hati.Sahabat, tarbiyyah tu apa ya?

Kalau Kak Sakinah, dia cakap..
"Tarbiyyah tu keluar dari kebiasaan"

Kak Khadijah pulak cakap..
"Tarbiyyah tu buat benda yang kita tak suka"

2-2 pun Hanum terima. Keluar dari kebiasaan dan buat perkara yang kita tak suka. Contoh, ziarah. "Alah..malasnya aku nak pergi rumah orang ni..."

Itu yang terdetik. Malas. Kita tak suka. Tapi untuk tarbiyyah diri kita. Untuk ukhwah, kita pergi jugak rumah orang tu.

Ada orang tanya Hanum,
"Berat ke ikut benda ni?"

Hanum jawab,
"Tak, tapi sekarang ni, mungkin sebab nak periksa"

Dan sekarang, Hanum menyesal sangat untuk jawapan tu.Dan Hanum sedar, masa tu.. Hanum sangaaaattt jauh dengan kehidupan bertarbiyyah tu. Asyik pergi lekakan diri. Matikan hati. Jauh dengan mereka yang mengingatkan Hanum. Lupa untuk bawak qudwah yang baik.

Ada secubit rasa sedih dalam hati Hanum ni sebenarnya bila memikirkan pandangan-pandangan segelintir manusia terhadap jalan tu. Katanya, kesatuan tak ada. 

Sahabat, Kesatuan tu bukan bermakna duduk dalam satu kelompok, lakukan perkara yang sama. Tapi kesatuan tu bermaksud HATI kita, sahabat. Kita masih boleh bersatu walaupun kelompok berlainan. Hanum bagi contohlah, even kat sekolah kita kelas lain-lain, tapi dalam batch, kita masih boleh bersatu. Kelompok berlainan tu sikitpun tak menjejaskan silaturrahim.

Apa yang sedihnya lagi, sebab segelintir manusia yang tak berapa nak fikir panjang, mereka hanya mendengar sehinggakan ada yang terluka dengan perbuatan mereka tanpa mereka sedari. Salah kami kah di situ? Kamikah yang menghalang mereka untuk tidak bersama kelompok itu lagi? Kami kah?

Jujurnya, minggu ni Hanum agak sedih bila fikir benda ni. Ukhwah yang Hanum tengok manis, hilang macam tu je. Hanum terikat sangat. Tapi Hanum tak bezakan mana-mana pihak. Keduanya ada sebab sendiri. Tapi kalau sebelah pihak tu mengelak sedangkan sebelah pihak lagi cuba mendekati, pada siapakah harus kita letakkan kesalahan tu ya?

Dengarlah pada mereka yang ARIF, bukan pada mereka yang TIDAK ARIF. Mungkin Hanum tak mampu nak bagi jawapan terbaik, tapi kalau anda tahu mereka yang lebih arif, kenapa tidak anda bertanyakan pada mereka itu? Bukan meninggalkan mereka, mengelak dari mereka sebab mendengar berita-berita dari mulut yang tidak arif. Anda sendiri tak memberikan hak kepada diri anda untuk selidik perkara sebenar, dan akhirnya tanpa anda sedari, anda dah pun menyusahkan diri anda sendiri.

Hanum doakan moga Allah bukakan minda mereka untuk berfikir panjang sedikit dan bukakan hati mereka untuk mencari kebenaran. Dan bukan hanya berpandukan kata-kata fitnah yang disebarkan manusia sekeliling. =)

Saturday, May 5, 2012

Rehlah Dream Park

Rasanya memang tak berbaloi bila fikir umi bayar 900LE=RM450 untuk rehlah kat Dream Park, Cairo. However, Hanum still rasa oke since ini MESIR bukan Malaysia. Yeah, of course you'll get the BEST for that RM450 in Malaysia but since i'm in Egypt.. So, Hanum tak kisah pun.. Lagipun, duit tu dah masuk dalam yuran, bukan dia minta lagi. Owh, dia ada mintak lagi. Tapi 2.50LE je lah..hehe..

Owh sebelum terlupa. Hanum pergi ni dah lama dah. Tapi baru nak update blog sebab baru ada medium untuk update blog. Hanum pergi sana minggu lepas, Jumaat 28 Mei 2012. 

Mulanya punya berkira nak pergi ke tak. Periksa dah dekat. Lepas tu fikir takut matikan hati. Tapi fikir betul-betul balik, Hanum nak ukhwah! Hanum nak basahkan ukhwah dengan sahabat-sahabat yang dekat kat mata, tapi hati tak tersentuh pun. Akhirnya.. Hanum pergi jugak! XD

Untuk mereka yang tak tahu, Dream Park adalah salah satu taman tema kat Cairo. The Best lah. Kat sini ada roller coster, "spiderman", tornado and semualah yang best-best.. XD

So, Ini dia gambar-gambar kami..
Thanks Amirah sebab bagi Aminah dress tu.. Semua orang kata cantik.. hewhew.. Lepas ni bagi lagi oke?

sesampainya kami di sana..

Akhawat Group C
Kak Ili excited nak main Spiderman tu..-.-

The pineapple

The Tornado

beratur untuk balik bas..
macam budak sekolah =.=

makanan kami!
seafood tahu? seddaaappp!!

Then kitorang pergi El-Arabia Mall.. 
Kitorang dok fikirlah kenapa dia bawak kitorang pergi mall? Mahal pulak tu..
Then, one of us bagitahu, El-Arabia Mall ni the biggest mall in East .............
oke, isi tempat kosong..hehe


Barang kat sini semua bapak mahal! Tapi makanan oke. Rasanya takdelah mahal. Sama je dengan Malaysia. Tapi kitorang jumpa Spinner yang jual barang-barang keperluan. Ala-ala Giant gitu, So, Hanum sempat lah beli barang-barang nak cuci muka. Segala barang Garnier Hanum borong sebab kat Tanta susah nak jumpa dan kalau ada pun mahal sikit lah. sikit je.. Dalam 4LE..hehe

But the BEST thing is that.. i bought this!
Makcik Anis!!!!
 oke, it's Aunt Anne's!

Sugar cinnamon punya. Kat sini ada chocolate bar punya. Dia bakar dalam roti tu. Tak tahu Malaysia ada tak. Mesti ada kan? Beli benda ni teringat kat Amirah ngan Kak Teh. Orang first yang kenalkan Hanum ngan benda ni, Kak Teh. Pastu rajinlah beli kalau keluar ngan Amirah kat KLCC tu. wahhh!!

Kalau dulu sibuk beli chocolate, now tukar sugar cinnamon sebab dulu rasa Kak Teh punya sedap.. hehe

Seriously, rindu Malaysia awi awi..~







Sunday, April 22, 2012

Birthday Presents Lagii~!

Before that, thanks to Hanan, Raihan, Najah and Tiqah for allowing me to use their wifi... THANKS!!! 

Guess what? Dah lebih kurang 20 hari jugaklah kan birthday Hanum lepas kan? tapi still ada yang bagi hadiah!! JENG JENG JENG!!

Mereka itu adalah Kak Mai, Kak Maryam dan tak-tahu-siapa-yang-bagi-sebenarnya sebab diorang tak nak bagitahu sape yang bagi. But still, SAYA SUKAAA!!

BOBO the cow~!
comel kan3??

And ada lagi! Atiqah Syairah bagi. Dia ni sebaya dengan Hanum tapi dia Tahun 2 dah.. XD

owh, dia bagi yang cawan tu.. Yang keychain tu Kak Sakinah yang bagi >,<

Then, ada lagi!!! Ini pulak Beit Wafa dengan Beit Amni yang bagi..  Hadiah Couple punya. Hanum dengan Tiqah dapat..



Thanks kakak-kakak dan sahabat-sahabat seperjuangan saya ni.. XD

So, hasilnya.. Hanum hiaskan semua ni dalam bilik Hanum. Yelah, kat mana lagi kan? -.-


peneman tidurku...


periksa macam mana pun, meja mesti kemas!!


And lastly..
A Very Very BIG HUG to all of you, guys!!
I LOVE YOU SO MUCHH!!

mungkin nampak kecik.. tapi anggap je lah besar hug ni oke?
THANKSSS!!

Sunday, April 8, 2012

Malaysia Oh Malaysia..

Sebelum cerita pasal Malaysia, sukalah Hanum untuk ceritakan kepada semua rakyat jelata bahawasanya Hanum terima 2 lagi hadiah birthday. Sebenarnya, minggu lepas dapat, tapi baru hari ni ada kesempatan untuk tulis. So apa tuu?? hihi

Ini Kak Khadijah belanja! Mula-mula ingat bayar sendiri, jadi Hanum order sikit punya banyak sekali ngan fries ngan nescafe. Oke lagi lah, kawan Hanum lagi mahal kot! Tetiba Kak Dijah kata dia nak belanja untuk birthday Hanum. So, senang hatinya saya! Maaf ye kak. Lain kali bagitahu awal-awal, barulah boleh beli sikit-sikit..hekhek

Ini pulak Kak Sakinah sayang saya bagi. Ada bunyi lagi! Kau  ada? Tak bagi nama lagi. Hanum bukan jenis yang bagi nama kat bear. Tapi diorang dah tanya nak letak nama apa? Haiyoo.. Letak nama Kak Kinah buleh? Haha.. Bear ni cakap "I Love You".. hihi.. I Love You too!!! ngeee..SUKAAAA~!
Kesimpulannya, atas katil Egypt ni, saya dah ada 3 bear. But still rindu bear pink yang umi bagi tu..

Oke, here we go..
Minggu lepas Hanum pergi Cairo untuk program Seminar Agenda Umat. Hanum tak pernah pergi Cairo tanpa pengangkutan yang disediakan, tapi minggu lepas, merasa lah kena pergi sendiri dengan Kak Amal dan Kak Miha. So, dapatlah merasa naik Metro kat Cairo tu. Lepas tu ambil teksi pergi rumah Kak Husna.

Jujurnya, ini kali pertama sepanjang Hanum kat Mesir ni, Hanum sangat-sangat rindukan Malaysia. Tengok Cairo, teringat Kuala Lumpur. Persekitaran  lebih kurang je. Lepas tu, dah balik Tanta ni, bukak facebook, ada pulak yang post gambar steamboat. Hanum bukan orang yang makan seafood. Nak kata tak suka bukan jugak. Nak kata suka pun tak. Sebab hidung Hanum gatal setiap kali makan seafood. Tapi yang sedihnya, kali ni Hanum betul-betul nak pergi makan steamboat. Nak makan kat Tenshi No Cafe, kat Shimino.

Tadi borak dengan kawan Hanum kat Malaysia. Cerita pasal makanan. Nak kena betul budak tu! Sekeh kang! Siap main perli-perli lagi lak tu! Sadis ni.. dengan tiket flight tak book lagi.. 

Sahabat-sahabat blogger.. 
Tolong doakan Hanum..
Mintak dipermudahkan urusan Hanum kat sini, dipermudahkan jawab soalan periksa final nanti, dan diberi rezeki untuk balik Malaysia tahun ni.
Bila kata rezeki, maksudnya, rezeki masa, duit dan semua lah.. Insya Allah..

Umi, Aminah dah rindu umi! Apa nak buat? T__T

Friday, March 30, 2012

Happy Birthday, My Dear Hanum!!!

Sayangilah diri sendiri.. hakhak! ~(>.<~)
Yesterday was My Birthday lah friends!!!!

 Thanks untuk semua yang wish!!Hanum tak ingat siapa orang first, tapi orang first tu wish kat facebook la..
Kalau yang cakap.. Hanum ingat!!UMI lah orang first.. sedih jugak tak dapat sambut dengan umi. Tapi tak pe je..  Inilah samanya tarbiyah! Tarbiyah tu kan buat benda yang kita tak suka? Ye lah, keluar dari kebiasaan kan?

So kepada semua.. 
BIG HUG from me, and THANKS A LOTTTT!!!

untuk UMI yang LAHIRKAN, BESARKAN dan curahkan DUIT yang banyak, Thanks!

Untuk FAMILY yang selalu bagi bimbingan, selalu sabar:
ABAH, ALONG, ANGAH, KAK ENDE, ABANGCIK, KAK TEH, CIKSU, AMIRAH,
 Thanks!

Untuk Ahli Beit dan sahabat yang selalu bersama secara langsung atau tak, yang selalu masak bagi membolehkan Hanum membersar:
Kak Umi, Mala, Nena, Ana and Azwa
Thanks!

Untuk sahabat yang selalu bersama dari jauh: 
MURNI, AZLYN, SAIRA, NINA, FARAH, FATIN ATIKAH, ANNASUHA, KYDD, YASMIN
Thanks!

Untuk sahabat yang selalu bersama lalui penat lelah, sedih gembira kat Mesir ni:
NAJAH, HANAN, TIQAH, RAIHAN, NADIA, KAK SAKINAH & AHLI BEIT, KAK AMAL & AHLI BEIT, KAK KHADIJAH, RAKAN GROUP C FIRST YEAR TANTA UNIVERSITY, RAKAN-RAKAN SAHABAT CINTA, SAHABAT DAN SENIOR TANTA UNIVERSITY,
Thanks!

 Dan kepada mereka yang selalu bagi bimbingan, selalu buat Hanum tersenyum, selalu bagi kerjasama dalam semua perkara tak kira secara langsung atau tak,
Thanks!

dan sesungguhnya, tiada perkataan yang terbaik bagi mengucapkan terima kasih melainkan..
JAZAKILLAHU KHOIRON KATHIRON!!!!
Moga kamu semua dibalas dengan balasan yang sebaikkkkknya oleh Allah.. XD

Dan untuk hadiah birthday saya pulak

Kepada UMI yang curahkan banyak kasih sayang dan duit sepanjang Aminah kat sini, pastu nak bagi lagi duit untuk beli beg laptop yang cantik..hoho.. THANKS!
Kepada Family yang lain, untuk relakan Aminah pergi sini dengan duit umi yang sepatutnya untuk umi bersuka ria dan untuk kita semua kongsi, satu pengorbanan yang sangat besar, dan sepanjang hayat Aminah, inilah hadiah terbaik dari umi dan korang, Insya Allah, korang letakkan kepercayaan dan amanah yang berat untuk Aminah.. insya Allah, sebolehnya Aminah usahakan, THANKS! (err, xbermakna lepas ni tak kena bagi hadiah lain oke?)

Kepada Scha yang belikan kek chocolate yang sedap untuk Hanum dan sahabat-sahabat Group C sempena birthday Hanum semalam, THANKS!
kind of la...
*sorrylupeamekgambar*

Untuk Ellyna, sahabat Group C yang paksa Hanum terima dia belanja burger gibnah and nescafe yang sedap dan murah sampai kena marah..wwuuuu *birthdaygirlkenamarah..sedih*, THANKS!
*sorryadagambarnije*

Untuk Najah yang belikan beg cumel tu, insya Allah simbol persahabatan >,<, THANKS!

Untuk Nadia Ahmad Roslan, sahabat Hanum dari sekolah lagi, yang travel dari Mansoura yang serba canggih sampai Tanta yang serba kekurangan, bawakkan CINNAMON ngan Mr Crab, THANKS!

Untuk Mira Natasya, Dayang, Sue, Tiqah Milido yang bersama-sama masak nasi yang sedap tu.. THANKS!
*again,sorry xde gambar*

Dan untuk sahabat yang jauh, yang amat-amat disayangi..
MURNI, AZLYN, NINA, ANA (ni dekat kot?), FARAH, SAIRA
untuk video yang amat-amat menyedihkan, 
THANKS!
(i really miss and missed you guys.. Miss and Missed the old time that we used to laugh, travel, eat and all that together.. Still, sampai sekarang kita tak pernah makan sama-sama kat apa nama restaurant macam hotel tu? Anggerik eh? haha..lupa lah.. but guess what, i miss you guys. A LOT! nanti kite cerita kat entri lain eh??hehe)

Untuk Ahli Beit Dan Sahabat Dunia Akhirat, Insya Allah,
ANA, KAK UMI, MALA, AZWA, NENA, NAJAH, TIQAH, HANAN, RAIHAN, NADIA,
yang berusaha untuk simpan 'rahsia' surprise birthday party, yang sedaya upaya nak masak sedap-sedap sampai ada yang jadi Cinderella, yang nyanyikan lagu ramai-ramai sambil Nena main gitar, yang suapkan Hanum masa makan tu, yang bagi Hanum pengalaman menyambut birthday yang pertama di Mesir yang sangat menggembirakan,






THANK YOU VERY VERY A LOT OF MUCH!

Dan sekali lagi JAZAKILLAHU KHOIRON KATHIRON semua..
Moga Allah berikan kebahagiaan yang lebih baik kepada anda semua!

~SILA KLIK BANYAK2~