Bunyi macamlah Post-PMR punya program aaannn.. haha
So, here we goes. Alhamdulillah, Hanum dah selesai paper kelmarin. Tapi hari ni baru nak borak kan. Oke, Lat exam was Oral Biochem. Jujurnya, untuk oral ni, Hanum study sebelum nak masuk tu. Sebabnya Hanum takut belajar belajar, pastu ternampak salah kat mana. huiihh.. But still, buat macam tu pun, tiba-tiba dengar orang bincang, pastu stress sendiri. haha. Sayanglah.. Biochem maybe killer subject untuk orang yang tak ambil Medic, tapi Biochem tu subject yang senang nak bandingkan dengan subject lain dalam Medic ni. So, kalau salah sikit je.. rasa nak meraung sedunia. -.-
Oke, pagi tu indah dari biasa. Eh, ni gambar masa written Biochem. Sebab masa ni Hanum tergerak awal gila! Start pukul 10, Hanum gerak pukul 7. Nervous punya pasal -.-
Ini dia KULIAH AT-TIBB =)
Pemandangan waktu pagi universiti. Hari tu, lebih berkabus dari biasa -.-
Then, Alhamdulillah, Hanum dah habis pun jawab periksa. Sekarang debaran menunggu result pulak. Tak mampu nak bincang result ngan orang lain. Sekarang ni, Hanum memang tak boleh nak rasa takut-takut ni, sebab rasa nak pengsaaaannn tahu? So, kena banyak doa! Doakan Hanum oke?
So, habis je oral biochem, Hanum pun pergi lah Fathallah, kononnya nak cari beg laptop. Tapi mahal pulak. Tak mahal sangat pun, tapi, kalau mahal camtu, baik beli kat Malaysia kan? So, cari barang sukasuki kat Fathallah. Then, balik rumah jap. Petang tu, Hanum, Kak Umi ngan Mala pergi Hadhrolmaut. Hanum tak tahu kalau tukar rumi macam mana eja dia. Hehe.
Nasi ni, kat Malaysia pun ada dorang cakap. Mungkin ni lah nasi arab yang bersungguh umi nak ajak kitorang pergi dulu tu. Kat Setiawangsa dah ada restauran Arab! YAAYY! dah lama dah -.-
SERIOUSLY LAGI BERBALOI DARI TARBOUSH YANG BAPAK MAHAL DAN TAK SEDAAAPPP!
So, ini gambarnya..
Hadrolmaut lahmah wa firakh
Sebelah tu sambal ngan sayur yang sedap!
Ini lah Hadhrol maut Firakh - 12LE
Ini Hadhrolmaut lahmah - 40LE
bukan nak tunjuk kak umi, tapi nak tunjuk panjangnya beras tu!
tak ada DSLR nak focus kat nasi tu.. sob3
Saya dan makanan =)
*rasa kurus sikit pulak -.-*
Mesti pergi lagi sebelum balik nanti! Lepas ni dengan Kak Amal pulak =D
Lepas tu, kitorang pergi Gomlah! Kononnya, Gomlah ada skirt ngan jubah murah segala. Tapi kitorang salah jalan. sob3.. Pastu jalan je lah ikut suka. Sampailah tembus Souk Gaban. Masa ni, Kak Umi ngan Mala dah penat gila dah. Hanum tak rasa penat sebab Hanum seronok lalu jalan baru tu. Tapi bila balik, perggghh! PENAT!
Jalan punya jalan, then tembus satu tempat ni. satu jalan yang panjang gila tu, dipenuhi dengan khemah-khemah tembikai! SANGAT TERUJA! So, this is one of them.
Mungkin sinilah supplier tembikai tu..
Lepas tu jalan lagi. Hanum terasa Awal Bahr dah dekat sangat. Pastu ingat nak ambil tremco dari Awal Bahr, better lah dari patah balik pergi Gomlah. Pastu pergi kedai tanya orang, direction Awal Bahr. Peliknya, orang tu tak tahu Awal Bahr? -.-
Then tanya direction Souk Gaban.. Lepas tanya main road ke arah mana. Maka wujudlah bahasa rojak Arab-English di situ. Haha. Nasib baik orang tu boleh cakap English. Owh, mungkin tak cakap english, tapi dia faham English. =)
Jalan punya jalan, lepas tu jumpa kedai yang best! Macam Speedmart gittew. Jalan depan sikit, jumpa kedai bakery & manisan. Cantik je kedai tu. Ingat nak beli ice cream, tapi macam tak berbaloi, so, tak beli. Then, jalan depan lagi, tiba-tiba nampak kedai komputer. Kemas! Then, cari beg laptop. Alhamdulillah, 80LE je.. Puas hati lah! Sebab beg macam ni, ada span kat belakang, kalau kat Malaysia dekat RM200, tapi kat sini RM40? whooahh! =O
Nape gambar ni nampak tak cantik pulak? -.-
So itu aktiviti hari pertama Hanum habis exam. Hari kedua pulak, siangnya, dipenuhi dengan bake cake. Sebab dah janji dengan Najah. Plus, Hanum memang teringin nak makan kek tu. Hanum tak ambil gambar kek tu sebab kek tu tak kemas. sob3. Tapi cepat je habis. Tak sangka ramai yang datang rumah Najah petang tu. Kalau tak, memang buat lebih lah. Dorang cakap sedap, YAAYY!
Tengah hari, tolong Kak Fatin kemas rumah dia sebab dia nak pindah Cairo dah. Ikut suami kot. Jauh lah lepas ni, kalau tak belakang rumah je.
InsyaAllah, jumpa lagi..
Malam pulak, Hanum duduk rumah sorang-sorang skyping dengan kawan Hanum kat Malaysia. Mana housemates? Diorang pergi Awal Bahr together-gether with Shahir.
Semalam agak letih jugak lah. Dari pagi asyik turun naik rumah. Baru nak rehat makan-makan, tiba-tiba Kak Amal call ajak pergi rumah Kak Fatin. So, takkan taknak pergi as kita tengah free kan? Lagipun kali terakhir kot.
Owh! Nak kongsi. Ni makanan ruji Hanum sekarang. Tukarkan nasi dengan kentang. Orang kata better. Tapi kentang yang ni nampak banyak an? Kecik je ni. Bukan habis pun.-.-
sila telengkan kepala ke kanan -.-
So, itulah aktiviti Hanum setakat ni. Hari ni pulak nak pergi Husin. Cari barang-barang orang Malaysia. Paling penting kena beli UNTA WARNA WARNI! Hanum sangat nak unta tu. Satu-satunya sebab Hanum nak pergi Husin. Sengal je rasa an? Haha.
Oke.. Nak sambung marathon RunningMan yang dah lama tertangguh. sob3.
Doakan Hanum dan kawan-kawan oke?
Assalamualaikum~































