Ada sesuatu yang berlaku pada Hanum semalam yang buat Hanum menangis tak henti. Sekarang masih menahan. Jujurnya, menangis bukan kerana kehilangan tetapi kerana marah yang amat. Beribu sesalan yang singgah. Bukan kerana perpisahan yang berlaku, tetapi kerana pertemuan yang berlaku..
Dunia kejam.. itu yang sering Hanum katakan sejak semalam. Tapi sedar tak sedar, sebenarnya, Allah tengah didik Hanum. Satu benda yang boleh buat Hanum mampu untuk tersenyum.. Hanum tak selemah dia! Hanum tak sebarkan masalah Hanum. Hanum mampu berdiri sendiri. Ya, Hanum tak ada kawan untuk menyumpah seranah dia. Hanum tak ada kawan untuk backup Hanum. Hanum tak ada kawan untuk cerita semua. Tapi, Hanum ada kekuatan untuk lalui semua ni sendiri. Itu yang Hanum banggakan. Biar orang kata ego, pada Hanum itu bukan ego, itu TARBIYYAH! Dan Hanum yakin, jalan Allah itu lebih bahagia.

Ini ujian pertama yang Allah bagi untuk Hanum sebagai seorang dai'e insya Allah. Dan Hanum mesti lulus ujian ni! Hanum mesti kuat menentang anasir-anasir yang sibuk memperjuangkan yang batil. Hanum mesti terus bangun dan terus senyum! Allah bersama Hanum. Selagi mana Hanum di jalan Allah, pastinya tiada yang susah buat Hanum, Insya Allah.

Mereka kata.. berlapang dadalah dengan setiap perkataan yang dikeluarkan.. senyumlah dengan setiap fitnah yang dibuat.. Bangunlah dan ingatlah janji Allah. Percaya pada Allah, urusan akan menjadi mudah yang amat. Maka Hanum.. mulakan hidup barumu.. Dan bangunlah.. teruskan tersenyum.. Kerana senyumanmu itu mampu membunuh tuduhan-tuduhan mereka. Insya Allah.. Allah bersama kamu.. Maka.. Bersemangatlah!!
No comments:
Post a Comment