HEYYYY!!! Follow me!

Showing posts with label Muntahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Muntahan Rasa. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Homesick ='(

Seriously..


I want no other..


Except..


My Ummi..


Umi, I miss you.. lot.. and lot...='(
err.. i mean, UMMI! not ende..--"

Monday, June 4, 2012

First Final Di Bumi Tanta

Sebelum cerita, nak cakap.. SANAH HELWAH YA GAMILAHHH! hehe.. Sanah Helwah, Kak Mardhiah. Moga mumtaz dunia akhirat. Amin~ *sila aminkan beramai-ramai*

Sekarang baru masuk cerita tentang final. 


Jujurnya ini kali pertama Hanum rasa takut sangat. Nak tidur tak mampu, makan pun tak mampu. Bila semua tak mampu.. Hanum mampu nangis je. Mengharapkan yang terbaik. Jujur lagi sekali, Hanum menyesal pilih bilik sorang. InsyaAllah, setahun je lagi, Hanum. 

Dari semalam sampailah berjalan ke Gamaah tadi, menangis je. Takut yang amat. Then, whatsapp umi. Mulanya ingat taknak umi risau, pastu fikir, better umi risau sekarang, dari bagi harapan kat umi pastu umi risau nanti. 

Dah cerita semua bagai.. Umi cakap..

"Aminah boleh, Aminah. Ingat, Allah tu ADA. Dia mesti tolong Aminah.. Dah, tenang. pergi beli chocolate. Kalau ada madu, makan madu. Tu untuk kuatkan ingatan."


Wahh.. lagi terharu. Umi, rindu umi. Kalau dulu, setiap kali nak beli chocolate depan umi, mesti umi tak bagi. Umi tak suka chocolate. Tapi bukan nak larang kitorang makan, tapi nak jaga kitorang dari lebih glucose. Kitorang beli je chocolate tu. Lepas tu, bawak balik tunjuk kat umi buat muka tak bersalah. Lepas tu, penuhkan peti sejuk. hek hek. Sabar je umi..

Dah sampai gamaah. control macho. Beli chocolate, then makan sambil belajar. baru tenang sikit. Tapi bila paper soalan sampai, menggelabah balik. Nak nangis balik. Tapi bila dah tulis nama, Alhamdulillah. oke balik.


Alhamdulillah, Allah mudahkan. Hanum tak boleh jamin Hanum jawab dengan baik. Tapi Hanum rasa okelah sebab Hanum tak tinggalkan kosong even Hanum tak tahu. Masih boleh ikut logik akal.

Balik rumah, tengok wifi.. Lepas tu, skype dengan umi abah. Cerita makanan kat sini. Buah-buah semua. Musim panas kat sini, ada banyak sangat buah. Sampai ada yang tak terasa lagi. Lepas satu musim, musim buah lain pulak yang datang. Musim buah sebelumnya pun tak habis lagi. BEST SANGAT!!

Then, pergi Beit Wafa sambut birthday Kak Mardhiah. Mulanya berat nak pergi, tapi fikir.. periksa, periksa jugak. Ukhwah yang manis jangan masamkan. So, pergilah jugak. Baru tahu dorang nak buat surprise. Ingatkan suka-suka. Lepas tu, makan kek Tanta yang first time Hanum rasakan sedaaaappppp sangat! SERIOUS! Kali ni, i really have to admit this.. Kek tu lagi sedap dari Secret Recipe! Bezanya, Secret Recipe besar and tebal. Itu je!! Dorang bagi Hanum makan nasi ayam jugaakk. SEDAP sangat! 


Alhamdulillah, bukan makanan je Hanum dapat. Hanum dapat tips untuk periksa oral jugak. berdebar dah ni. Dan last thing Hanum MESTI KENA INGAT, jangan pernah putus harapan untuk MUMTAZ. Keputusan periksa itu kerja Allah untuk tentukan. Jangan pernah fikir positive. Tawakal dari mulaaaaa kita belajar. Jangan pernah putus harapan, Hanum. Allah knows the best. Kalau mumtaz itu bukan yang terbaik buat Hanum, maka redha je lah. Allah tahu apa yang mampu dan tak mampu untuk Hanum lalui. Allah itu Adil dan Bijaksana. So, untuk korang juga, jangan pernah putus asa! Jangan pernah sekali pun! Sentiasa mintak MORE kat Allah. Allah suka bila kita tamak dengan Allah tapi kita still ingat Allah. Dah dapat semua, jangan lupa sujud syukur. 

Owh, tips untuk kakak Hanum jugak. Esok dia periksa. Rabbuna Yusahhil, Amirah. Sentiasa saling mendoakan, k? Insya Allah.


Lastly, Thanks untuk semua yang dah tolong Hanum untuk naikkan balik semangat Hanum. Luruskan balik pemikiran Hanum. Dekatkan balik Hanum dengan Allah. Thanks untuk semua! Thanks sangat. Semoga peringatan korang ni bagi balasan yang lebih baik kepada korang. Mumtaz Dunia Akhirat untuk Ummah!!

owh nak tinggal lagi satu pesanan. Tapi taknak specific sangat. Just nak cakap, saya bukan manusia sempurna. DULU atau SEKARANG, saya masih tak sempurna. Tapi saya sedang cuba untuk mendekati kesempurnaan tu. Insya Allah, Allah mudahkan. Oleh itu, saya perlukan orang-orang yang seperti anda semua untuk menyempurnakan saya. Maaf kalau ada yang tak suka dengan perwatakan saya dulu tu. Maaf sebab tak mampu nak happykan semua orang. =D

Sunday, April 8, 2012

Malaysia Oh Malaysia..

Sebelum cerita pasal Malaysia, sukalah Hanum untuk ceritakan kepada semua rakyat jelata bahawasanya Hanum terima 2 lagi hadiah birthday. Sebenarnya, minggu lepas dapat, tapi baru hari ni ada kesempatan untuk tulis. So apa tuu?? hihi

Ini Kak Khadijah belanja! Mula-mula ingat bayar sendiri, jadi Hanum order sikit punya banyak sekali ngan fries ngan nescafe. Oke lagi lah, kawan Hanum lagi mahal kot! Tetiba Kak Dijah kata dia nak belanja untuk birthday Hanum. So, senang hatinya saya! Maaf ye kak. Lain kali bagitahu awal-awal, barulah boleh beli sikit-sikit..hekhek

Ini pulak Kak Sakinah sayang saya bagi. Ada bunyi lagi! Kau  ada? Tak bagi nama lagi. Hanum bukan jenis yang bagi nama kat bear. Tapi diorang dah tanya nak letak nama apa? Haiyoo.. Letak nama Kak Kinah buleh? Haha.. Bear ni cakap "I Love You".. hihi.. I Love You too!!! ngeee..SUKAAAA~!
Kesimpulannya, atas katil Egypt ni, saya dah ada 3 bear. But still rindu bear pink yang umi bagi tu..

Oke, here we go..
Minggu lepas Hanum pergi Cairo untuk program Seminar Agenda Umat. Hanum tak pernah pergi Cairo tanpa pengangkutan yang disediakan, tapi minggu lepas, merasa lah kena pergi sendiri dengan Kak Amal dan Kak Miha. So, dapatlah merasa naik Metro kat Cairo tu. Lepas tu ambil teksi pergi rumah Kak Husna.

Jujurnya, ini kali pertama sepanjang Hanum kat Mesir ni, Hanum sangat-sangat rindukan Malaysia. Tengok Cairo, teringat Kuala Lumpur. Persekitaran  lebih kurang je. Lepas tu, dah balik Tanta ni, bukak facebook, ada pulak yang post gambar steamboat. Hanum bukan orang yang makan seafood. Nak kata tak suka bukan jugak. Nak kata suka pun tak. Sebab hidung Hanum gatal setiap kali makan seafood. Tapi yang sedihnya, kali ni Hanum betul-betul nak pergi makan steamboat. Nak makan kat Tenshi No Cafe, kat Shimino.

Tadi borak dengan kawan Hanum kat Malaysia. Cerita pasal makanan. Nak kena betul budak tu! Sekeh kang! Siap main perli-perli lagi lak tu! Sadis ni.. dengan tiket flight tak book lagi.. 

Sahabat-sahabat blogger.. 
Tolong doakan Hanum..
Mintak dipermudahkan urusan Hanum kat sini, dipermudahkan jawab soalan periksa final nanti, dan diberi rezeki untuk balik Malaysia tahun ni.
Bila kata rezeki, maksudnya, rezeki masa, duit dan semua lah.. Insya Allah..

Umi, Aminah dah rindu umi! Apa nak buat? T__T

Monday, March 5, 2012

Sorry March..My Bad..

Dear March,
I am very sorry for not welcoming you. It's been 6 day since you came. So sorry! So, today, im gonna pay it
back.

So here we goes.

WELCOME MY DEAREST MONTH!

So, kenapa DEAREST? Kenapa macam excited?

Sebab...

Bulan ni ada 2 tarikh penting untuk Hanum. 1 birthday umi Hanum and 1 lagi birthday Hanum. Umi lahir 26 Mac, Hanum pulak 29 Mac. Kalau sekarang Hanum kat Malaysia, mesti Hanum sambut sekali dengan umi. Rindunya.. Biasanya diorang sambut birthday Hanum masa birthday Umi. Mulanya memang Hanum kisah. yes, sama macam apa yang korang fikir.. Tak bestnya! Tak ada feel lah..

Tapi lama-lama, Hanum rasa sangat beruntung!! Sebabnya, Hanum sambut dengan umi Hanum. Hanum lahir dekat sangat dengan tarikh umi lahir. Ingat senang ke? And Hanum selalu terbayang, mesti masa umi mengandungkan Hanum, nak bersalin tu, mesti pernah lah sekurang-kurangnya sekali, umi terlintas nak lahirkan Hanum masa hari lahir dia. Tapi, tak dapat. Dalam masa yang sama, Hanum still fikir, kesian umi.. Dahlah mengandungkan Hanum masa Ramadhan (memang tak payah puasa tapi kena ganti!), lepas tu masa birthday dia pulak tu. Kesian dia tak dapat nak bersuka ria.

Tapi, semua rasa serba salah tu hilang sebab Hanum rasa, Hanum adalah hadiah dari Allah untuk umi sempena birthday umi. Hihi. Hanum cakap sendiri. Bukan umi. Macam angkat bakul sendiri je. Kisah apa Hanum. Anak tu rezeki yang paling besar Allah bagi untuk hambanya. So, masa birthday umi, Allah bagi Hanum untuk umi.. Ngeh3..

So, apa wishlist Hanum untuk bulan ni? Rasa macam tak banyak.. tapi still nak =3

1) Masa birthday umi, Hanum nak beli kek kat sini. Sambut dengan kawan-kawan sambil menangies teresak-esak.. isk isk.. TT__TT
2) Hanum nak spend time bergayut kat Skype lama-lama, walaupun tak mampu sebab hari tu hari Khamis, eh tapi macam boleh je.. sebab esoknya cuti!! YAAYYY
3) Hadiah? Tak fikir lagi. Tapi... i wish balik nanti, Hanum boleh pergi tukar handset dengan senang hatinya..hehe


Macam tak banyak je wishlist nya. Hanum tak tahu nak wish apa lagi untuk birthday tahun ni. Satu-satunya yang Hanum harap, family Hanum ada depan mata, sambut birthday Hanum ramai-ramai dengan muka gumbiranya tanpa ada satu benda pun slack. Hadooii.. Umi.. Aminah rindu sangat nak peluk umi.. isk isk..

Adoi.. sedihnya.. Buat wishlist sambil menangis memang tak jalan lah.. haha.. oke guys.. got to go.. Salam






Saturday, February 18, 2012

Rehat Sekejap..

Rehat SEKEJAP?? it's been an hour since Hanum tak boleh masuk apa yang Hanum nak belajar tadi.. haiyoo.. oke, oke..

Firstly, nak wish my sister, Amirah Majid.. Happy Birthday, sis. may all your dream come true.. nanti Aminah cari pape yang best untuk Amirah.. kalau ada lah..

So, sekarang.. bila muhasabah diri balik.. Bila dengar pendapat orang semalam.. Bila baca balik post-post lama.. It's kind of annoying kalau Hanum marah. Yes, marah itu annoying.. Dan, bila marah itu pastinya buat orang lain annoyed.. haiyoo.. what to do?

Mulakan hidup baru.. Habis periksa.. First thing to do is, change my blog. change the skin.. Delete previous posts (ini akan difikirkan balik). Waahh!! SERIOUSLY annoyed dengan diri sendiri. oke, lepas ni SILA BERUBAH k? Jadi kepada mereka yang bersama-sama saya semalam.. terima kasih kerana mengingatkan saya. So, here we goes, macam mana kita nak mintak maaf kat orang? Apa cara yang paling sweet dan creative? TT__TT

Monday, February 13, 2012

Muhasabah Diri 3

KULTUM - kuliah 7 minit. ini YB Dr Rani yang cakap masa sembang ilmiah semalam. Beliau ni SUPER DUPER SENIOR untuk Tanta. so, siapa kata Tanta tak hebat? YB oke? haha. by the way, KULTUM ni dapat masa beliau kat Indonesia.

Sedikit perkongsian tentang sembang ilmiah semalam lah kan. nak kongsi apa ya? owh oke..

Semalam Dr Rani ada cerita pengalaman masa beliau belajar kat sini. Melayu masa tu ada 5 orang je. Waktu tu, kalau diorang jumpa orang arab and tanya, kau kerja apa? Orang arab tu akan jawab.. "Aku ni pendakwah Allah dan bekerja sebagai blablablabla". Apa yang cuba Hanum sampaikan kat sini adalah, sebenarnya, kita ingat tak yang kerja sebenar kita adalah PENDAKWAH? ingat tak wahai kawan-kawan? jadi tak salah lah kan kalau kita tegur orang even kita ada kekurangan kita. Sebab tu kena SAMA-SAMA saling mengingati.

okey, itu satu hal lah kan. Lepas dari Sembang Ilmiah tu, Penasihat PCT, Dr Asyraf, yang dulunya pegang jawatan Pengerusi JAKSI pun bagi KULTUM juga. Dia tegur tentang benda-benda yang berlaku sekitar Tanta sejak kebelakangan ni. Mostly, pasal perempuan lah. Firstly, pasal aurat. Agak pedas juga, tapi Hanum still tertarik dengan apa yang diperkatakan tu.

First dia tegur pasal Musyrif.. untuk yang tak tahu, konsep musyrif kat sini, kalau kita (perempuan) nak keluar selepas maghrib, kita kena panggil musyrif untuk temankan kita. And Musyrif tu mestilah yang dilantik oleh PCT bagi mengelakkan pergaulan bebas. Bila kata MUSYRIF.. Mestilah lelaki kan? Dan sebenarnya benda ni jugak boleh dikatakan larangan untuk perempuan keluar malam kecuali perkara penting. Sebenarnya, benda ni selaras dengan perintah Allah dalam Al Quran, surah apa tak ingat. Tapi ayat tu nak kata, larangan bagi isteri-isteri Nabi Muhammad untuk keluar malam. Dan ulamak sepakat.. larangan tersebut bukan ke atas isteri semata, tetapi ke atas semua kaum wanita.

Dan apa yang sadisnya, ada segelintir dari kita, sometimes termasuk Hanum, tak suka nak guna musyrif. Kita selalu nak fikir, musyrif menyusahkan. Selalu buat muka lah apa lah. Tapi kan, sedar tak sedar kan, sebenarnya, perempuan kat sini dah diberi layanan yang sangat baik dah. Dah dapat free body guard, tak nak. Sombong! Diorang dah ikhlas nak tolong kita, kita tolak macam tu je. Semalam, Dr Asyraf ada cakap.. jawapan paliiinggg kurang pandai yang diterima oleh kebanyakkan kita di sini adalah

"selama ni saya keluar oke je!"

Dr Asyraf semalam macam tak terkata dah. Bengang je dengar jawapan tu. Lepas tu dia cakap..

"Apa korang fikir kalau nak kena rogol tu, kena hari-hari ke?"

Perah tak terfikir pasal benda ni? Betul kan? Memang rogol hari-hari tu boleh jadi, tapi jarang kan? Plus, mana kita nak tahu, semalam kita keluar oke je, hari ni keluar, dijauhkan Allah, kita kena. Siapa nak tahu nasib kita kan? Oke, kesimpulannya.. fikirlah.. Orang nak tolong kita, kenapa kita nak sombong? Nak tunggu jadi dulu, baru nak terima pertolongan tu? Kita kat tempat orang lah! oke, Hanum, take note untuk diri sendiri juga.. XD

Oke, itu yang pertama. Yang kedua tentang aurat. Dr Asyraf sebut semalam, yang ni seriously Hanum tertarik sangat. Jom sama-sama muhasabah diri part ni..

Dulu waktu zaman jahiliyah, bila tanya pada lelaki tentang perempuan. Mereka jawab

"Perempuan tak dipandang melainkan untuk permainan Seks!"

tapi bila Islam datang, martabat kita diangkat. Kita diperintahkan untuk menutup aurat. Sebab? Nak elakkan maksiat dan juga penindasan terhadap wanita. Tahu tak kenapa kubur lelaki 5 kaki dalam, tapi kubur perempuan 7 kaki dalam? Sebabnya, kalau banjir berlaku, jenazah perempuan tu tak adalah terapung-apung dan tak adalah terbuka auratnya, mendedahkan aibnya. Nampak tak? Allah still nak jaga aurat kita walaupun kita dah mati. Kenapa kita tak nak?

Kawan-kawan, nak balik zaman jahiliyah balik ke? Jomlah kita tutup aurat.. Sikit-sikit dulu pun tak apa. Jangan malu.. Allah akan tolong hambanya yang nak berubah ke arah kebaikkan. Tahu tak, sekarang mungkin korang rasa takut nak pakai tudung, dok fikir orang terima ke tak.. Tapi nanti bila korang dah pakai nanti, korang akan rasa, sebenarnya, tak ada benda pun kalau korang mula lamaa dulu.  Tak apalah kalau mula-mula ni korang ikut fashion untuk tambahkan minat korang ke arah tudung.. tak apa je.. Islam tak larang untuk  fashion. betul. Kalau perlu tutup sikit-sikit, buat je. Tapi, kena lah pastikan, hari esok lebih baik dari hari ni. Tanamkan tekad dalam hati..

Bukan tudung je. Baju ketat semua. Tukarlah. Sama ada badan kecil ke besar ke, tutup lah.. sayang lah apa yang korang ada tu. Yang dah pakai tudung pulak, labuhkan sikit tudung tu. Tutuplah dada tu. Pakai selendang, pendek nampak dada. Badan bukan lawa mana pun nak tunjuk. Malu lah!!! Dari fikir nak diet kan, baik fikir nak tutup aurat dulu, ada faham? Kalau tutup aurat, tak yah fikir diet dah. bukan orang nampak pun badan kita (kalau kita betul-betul tutup auratlah).

Hanum pun tak sempurna tahu? Kita semua tak sempurna. Tapi tahu tak? Tak salah pun kalau kita sempurnahkan diri kita.. So, jom berubah XD

Saturday, February 4, 2012

Maka, Tenanglah Tidurku..

Kau tengok, kau tengok sekarang! ehh.. hehe.. tengoklah.. Kak Fatimah Syarha reply message Hanum di facebook.. walaupun ringkas.. mampu buat Hanum rasa SANGAT terharu.. Alhamdulillah, dia panggil Hanum sayangg!


soo sweettttt!! sukanya.. hope dia reply lagi.. mungkin kesibukkan beliau membataskan kami untuk berborak.. hurmm.. thanks Kak Fatimah sebab reply.. XD



Pemilik Cintaku 2

haiih.. menduga betul baca buku ni. berapa kali dah menangis? indahnya Akhlak suami Qaniah tu.. layakkah Hanum dapat suami macam tu ya?

kalau nak suami macam tu kenalah ada Akhlak seindah Qaniah jugak, wahai Hanum..

banyak benda Hanum belajar tadi.. mengharapkan perasaan yang Hanum rasa tadi berpanjangan lah. jangan sekejap je rasa. lepas tu tak rasa dah. haiihh

saya berada dalam dunia saya sendiri sekarang ni...

Fatimah Syarha Mohd Noordin.. beliau tinggal dekat sangat dengan rumah Hanum. Hanum baru hantar message kat beliau. mengharapkan beliau reply. sangat nak jumpa beliau. berborak tentang keindahan Islam. waahh! cita-cita Hanum tinggi sangat ke eh?

pasangan suami isteri yang SANGAT-SANGAT romantik! see? romantik dalam segi Islam. indahnya Islam..

haiiihh.. korang baca tau!! banyak lagi novel yang dia tulis.. bukan tu je.. baca.. lagi banyak korang baca, lagi banyak jugak ilmu baru korang dapat, oke?

kesimpulannya.. Hanum jealoussss! seriously, betul-betul nak suami macam tu. dah lah suami dia doktor (ini belakang kira) lepas tu, akidah terjaga. sweet gila. bukan soal pekerjaan yang Hanum nak cakap.. Hanum nak bagitahu akidah dia tu. see? siapa kata doktor tahu tengok buku Medic je? suami dia boleh cakap arab lagi tahu?

hikhik.. itu je lah.. jom sama-sama doa.. Moga Allah permudahkan urusan setiap daripada kita ni. XD

Tuesday, January 17, 2012

Sesaat Jantung Terhenti...

ceyt! macam lagu, my heart skips a beat pulak an. hehe. oke, oke..

tak nak cerita terlalu detail. just buat luahan perasaan tanpa cerita problem oke? oke, anda boleh tinggalkan entri ni. sebab Hanum just nak release tension je..

oke, oke.. semalam something went wrong. malam semalam. and mulanya hanum rasa, no, Hanum tak salah. Hanum just mintak hak Hanum. but pagi tadi, termenung fikir... and i guess now, Hanum TOTALLY WRONG! baru nak rasa guilty. and now, everything's changed!

Semalam, bila ayat tu HAMPIR keluar, rasa macam bukan kat Bumi dah. kalau betul-betul nak jadi pun, biarlah waktu gembira bukan waktu sedih. yes, sebab bila berlaku waktu gembira, semuanya berlaku just in peace. tak terkesan sangat. ini tak. adoii! tapi takpe, still oke. ayat tak keluar lagi kan?

and hari ni, ingat nak mintak maaf sebab being so selfish. tapi masa tak sesuai untuk ajak beliau berborak. mungkin nanti je lah.

Something yang Hanum patut muhasabah diri and berubah... give and take... actually.. SALING GIVE AND TAKE. dan Hanum sedar Hanum just take without giving. yes, Hanum tak kisah orang nak cakap apa pun. sebab Hanum tahu, at least, Hanum sedar kat mana salah Hanum. and Hanum mengaku kat sini kesalahan Hanum.

haiihh... esok malam busy lagi. hoping that petang esok, Hanum mampu borak dengan beliau sekejap. sekejap pun jadi lah... WARRGHHH!! KENA CARIII MASAAAAAAA!!!! TT__TT

Thursday, January 12, 2012

Ada Hikmah..

Nampak nya, ada lagi dugaan. belum selesai lagi masalah tu. tapi kena selesaikan masalah lain dulu. tadi dah nak akad rumah dah. tiba-tiba.. Baba cakap, ada lelaki pulak kat imarah tu. tapi perempuan pun ada. Maka, wujudlah problem. tak boleh lah macam ni. Mungkin Allah nak tunjuk kat Hanum dan rakan-rakan lain. mintak tegur penyewa imarah tu.mungkin sebab tu lah Allah lamakan sikit kerja kami. mintak perkara yang merumitkan ini jadi kifarah dosa untuk kami semua.

Hari makin sejuk. sejuk dan makin penat. Malam ni tak jadi pulak nak tidur rumah Azi untuk program Sahabat Cinta tu. ingat nak spend time kat rumah orang je hujung minggu ni. tak apalah. insya Allah esok tidur rumah Mira.

makin susah kerja ni. akhirnya kami tinggal berempat. bagi Hanum, bukan masalah besar sangat lah. cumanya tang duit je lah. tak apalah tu kan.. yang penting sekarang ni, mana nak dapat rumah? Kak Mas mengharapkan kami duduk kat rumah Ikhwah tu. ambil alih rumah diorang. tapi rumah tu sangat besar. so, kena panggil lagi sorang lah kan. insya Allah ada kot.

tapi tak pe je. tak kisah pun. dalam tempoh 7 hari ni, Hanum dah banyak belajar Bahasa Arab. cakap pun dah boleh lah laju sikit. kalau orang Arab cakap pun, dah boleh faham. lega jugak lah kan? tak dapat rumah, dapat ilmu. ilmu yang datang percuma. ada hikmah semua ni jadi.

tadi pun hampir putus asa. duit dah bawak keluar. tinggal nak akad je ni. esok dah boleh ronggeng beli barang dan basuh rumah. tiba-tiba tak jadi.. memang rasa macam sangat nak nangis! Allah je tahu betapa penat nya kami. masa ni lah nak muhasabah diri balik. kat mana salah kami sampai kami terima macam ni. tapi bak kata Kak Mas..


"inilah namanya kehidupan. masalah memaniskan lagi kehidupan. sebenarnya, kalau Allah nak buat jalan tu lurus je, kita senang je dapat, pun boleh. tapi lihatlah, betapa BIJAKSANA nya Allah, dia corakkan kehidupan kita dengan jalan yang macam ni, dan akhirnya, kita jumpa masalah ni. kalau tak, tak ada siapa pun tahu yang imarah tu bercampur jantina.."

betul Kak Mas cakap. so, tenang je lah kan? Allah dah tentukan semua. pasti ada hikmah Allah bagi masalah. kita tak tahu kan.. Mungkin yang kita suka itu, tak baik untuk kita dan mungkin yang kita tak suka itu, baik untuk kita. siapa tahu? insya Allah, Allah akan uruskan yang terbaik buat kita.. Amin =) 

InsyaAllah selesai!!!

huh.. kerja keras selama 6 hari ni.. insya Allah selesai. Allah banyak bantu Hanum dalam proses cari rumah ni. hah, itulah. dah kata mintak dengan Allah, pasti Allah bagi. =D

hari ni kira hari ketujuh. hope hari ni berakhir lah. tinggal nak akad je rumah tu. hope tak ada lah yang membangkang.tadi borak dengan umi. risau juga umi tak setuju. tapi sebenarnya, oke je.

dalam proses cari rumah ni, bukan kami yang nak duduk je terlibat, tapi Kak Sakinah dengan Kak Mas pun banyak tolong.weh, bahagia dah. tingkat 5. besar sangat! boleh lah buat 5 bilik. owh, Kak Mas tu kawan Amirah, senior Hanum masa sekolah rendah dulu. mujurlah sebelum pergi sini, Mirah dok bising suruh cari Kak Mas. kalau tak cari, tu.. eh, kalau tak cari, still jumpa sebab Kak Mas Ajk Perumahan.HAHAHA

eh, jahat! =P

oke, oke.. semua rakyat jelata! doakan Hanum oke? hope sangat hari ni dapat akad dengan senangnya. dan hope sangat Allah permudahkan urusan Hanum.. insya Allah. Amin~

~SILA KLIK BANYAK2~