HEYYYY!!! Follow me!

Showing posts with label Medic. Show all posts
Showing posts with label Medic. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Post-First Year Exam

Bunyi macamlah Post-PMR punya program aaannn.. haha

So, here we goes. Alhamdulillah, Hanum dah selesai paper kelmarin. Tapi hari ni baru nak borak kan. Oke, Lat exam was Oral Biochem. Jujurnya, untuk oral ni, Hanum study sebelum nak masuk tu. Sebabnya Hanum takut belajar belajar, pastu ternampak salah kat mana. huiihh.. But still, buat macam tu pun, tiba-tiba dengar orang bincang, pastu stress sendiri. haha. Sayanglah.. Biochem maybe killer subject untuk orang yang tak ambil Medic, tapi Biochem tu subject yang senang nak bandingkan dengan subject lain dalam Medic ni. So, kalau salah sikit je.. rasa nak meraung sedunia. -.-

Oke, pagi tu indah dari biasa. Eh, ni gambar masa written Biochem. Sebab masa ni Hanum tergerak awal gila! Start pukul 10, Hanum gerak pukul 7. Nervous punya pasal -.-

Ini dia KULIAH AT-TIBB =)

Pemandangan waktu pagi universiti. Hari tu, lebih berkabus dari biasa -.-

Then, Alhamdulillah, Hanum dah habis pun jawab periksa. Sekarang debaran menunggu result pulak. Tak mampu nak bincang result ngan orang lain. Sekarang ni, Hanum memang tak boleh nak rasa takut-takut ni, sebab rasa nak pengsaaaannn tahu? So, kena banyak doa! Doakan Hanum oke?

So, habis je oral biochem, Hanum pun pergi lah Fathallah, kononnya nak cari beg laptop. Tapi mahal pulak. Tak mahal sangat pun, tapi, kalau mahal camtu, baik beli kat Malaysia kan? So, cari barang sukasuki kat Fathallah. Then, balik rumah jap. Petang tu, Hanum, Kak Umi ngan Mala pergi Hadhrolmaut. Hanum tak tahu kalau tukar rumi macam mana eja dia. Hehe.

Nasi ni, kat Malaysia pun ada dorang cakap. Mungkin ni lah nasi arab yang bersungguh umi nak ajak kitorang pergi dulu tu. Kat Setiawangsa dah ada restauran Arab! YAAYY! dah lama dah -.-

SERIOUSLY LAGI BERBALOI DARI TARBOUSH YANG BAPAK MAHAL DAN TAK SEDAAAPPP!

So, ini gambarnya..

Hadrolmaut lahmah wa firakh
Sebelah tu sambal ngan sayur yang sedap!

Ini lah Hadhrol maut Firakh - 12LE

Ini Hadhrolmaut lahmah - 40LE

bukan nak tunjuk kak umi, tapi nak tunjuk panjangnya beras tu!
tak ada DSLR nak focus kat nasi tu.. sob3


Saya dan makanan =)
*rasa kurus sikit pulak -.-*

Mesti pergi lagi sebelum balik nanti! Lepas ni dengan Kak Amal pulak =D

Lepas tu, kitorang pergi Gomlah! Kononnya, Gomlah ada skirt ngan jubah murah segala. Tapi kitorang salah jalan. sob3.. Pastu jalan je lah ikut suka. Sampailah tembus Souk Gaban. Masa ni, Kak Umi ngan Mala dah penat gila dah. Hanum tak rasa penat sebab Hanum seronok lalu jalan baru tu. Tapi bila balik, perggghh! PENAT!

Jalan punya jalan, then tembus satu tempat ni. satu jalan yang panjang gila tu, dipenuhi dengan khemah-khemah tembikai! SANGAT TERUJA! So, this is one of them.

Mungkin sinilah supplier tembikai tu..

Lepas tu jalan lagi. Hanum terasa Awal Bahr dah dekat sangat. Pastu ingat nak ambil tremco dari Awal Bahr, better lah dari patah balik pergi Gomlah. Pastu pergi kedai tanya orang, direction Awal Bahr. Peliknya, orang tu tak tahu Awal Bahr? -.-
Then tanya direction Souk Gaban.. Lepas tanya main road ke arah mana. Maka wujudlah bahasa rojak Arab-English di situ. Haha. Nasib baik orang tu boleh cakap English. Owh, mungkin tak cakap english, tapi dia faham English. =)

Jalan punya jalan, lepas tu jumpa kedai yang best! Macam Speedmart gittew. Jalan depan sikit, jumpa kedai bakery & manisan. Cantik je kedai tu. Ingat nak beli ice cream, tapi macam tak berbaloi, so, tak beli. Then, jalan depan lagi, tiba-tiba nampak kedai komputer. Kemas! Then, cari beg laptop. Alhamdulillah, 80LE je.. Puas hati lah! Sebab beg macam ni, ada span kat belakang, kalau kat Malaysia dekat RM200, tapi kat sini RM40? whooahh! =O

Nape gambar ni nampak tak cantik pulak? -.-

So itu aktiviti hari pertama Hanum habis exam. Hari kedua pulak, siangnya, dipenuhi dengan bake cake. Sebab dah janji dengan Najah. Plus, Hanum memang teringin nak makan kek tu. Hanum tak ambil gambar kek tu sebab kek tu tak kemas. sob3. Tapi cepat je habis. Tak sangka ramai yang datang rumah Najah petang tu. Kalau tak, memang buat lebih lah. Dorang cakap sedap, YAAYY!

Tengah hari, tolong Kak Fatin kemas rumah dia sebab dia nak pindah Cairo dah. Ikut suami kot. Jauh lah lepas ni, kalau tak belakang rumah je.

InsyaAllah, jumpa lagi..

Malam pulak, Hanum duduk rumah sorang-sorang skyping dengan kawan Hanum kat Malaysia. Mana housemates? Diorang pergi Awal Bahr together-gether with Shahir.

Semalam agak letih jugak lah. Dari pagi asyik turun naik rumah. Baru nak rehat makan-makan, tiba-tiba Kak Amal call ajak pergi rumah Kak Fatin. So, takkan taknak pergi as kita tengah free kan? Lagipun kali terakhir kot.

Owh! Nak kongsi. Ni makanan ruji Hanum sekarang. Tukarkan nasi dengan kentang. Orang kata better. Tapi kentang yang ni nampak banyak an? Kecik je ni. Bukan habis pun.-.-


sila telengkan kepala ke kanan -.-

So, itulah aktiviti Hanum setakat ni. Hari ni pulak nak pergi Husin. Cari barang-barang orang Malaysia. Paling penting kena beli UNTA WARNA WARNI! Hanum sangat nak unta tu. Satu-satunya sebab Hanum nak pergi Husin. Sengal je rasa an? Haha.

Oke.. Nak sambung marathon RunningMan yang dah lama tertangguh. sob3.
Doakan Hanum dan kawan-kawan oke?
Assalamualaikum~


Monday, June 4, 2012

First Final Di Bumi Tanta

Sebelum cerita, nak cakap.. SANAH HELWAH YA GAMILAHHH! hehe.. Sanah Helwah, Kak Mardhiah. Moga mumtaz dunia akhirat. Amin~ *sila aminkan beramai-ramai*

Sekarang baru masuk cerita tentang final. 


Jujurnya ini kali pertama Hanum rasa takut sangat. Nak tidur tak mampu, makan pun tak mampu. Bila semua tak mampu.. Hanum mampu nangis je. Mengharapkan yang terbaik. Jujur lagi sekali, Hanum menyesal pilih bilik sorang. InsyaAllah, setahun je lagi, Hanum. 

Dari semalam sampailah berjalan ke Gamaah tadi, menangis je. Takut yang amat. Then, whatsapp umi. Mulanya ingat taknak umi risau, pastu fikir, better umi risau sekarang, dari bagi harapan kat umi pastu umi risau nanti. 

Dah cerita semua bagai.. Umi cakap..

"Aminah boleh, Aminah. Ingat, Allah tu ADA. Dia mesti tolong Aminah.. Dah, tenang. pergi beli chocolate. Kalau ada madu, makan madu. Tu untuk kuatkan ingatan."


Wahh.. lagi terharu. Umi, rindu umi. Kalau dulu, setiap kali nak beli chocolate depan umi, mesti umi tak bagi. Umi tak suka chocolate. Tapi bukan nak larang kitorang makan, tapi nak jaga kitorang dari lebih glucose. Kitorang beli je chocolate tu. Lepas tu, bawak balik tunjuk kat umi buat muka tak bersalah. Lepas tu, penuhkan peti sejuk. hek hek. Sabar je umi..

Dah sampai gamaah. control macho. Beli chocolate, then makan sambil belajar. baru tenang sikit. Tapi bila paper soalan sampai, menggelabah balik. Nak nangis balik. Tapi bila dah tulis nama, Alhamdulillah. oke balik.


Alhamdulillah, Allah mudahkan. Hanum tak boleh jamin Hanum jawab dengan baik. Tapi Hanum rasa okelah sebab Hanum tak tinggalkan kosong even Hanum tak tahu. Masih boleh ikut logik akal.

Balik rumah, tengok wifi.. Lepas tu, skype dengan umi abah. Cerita makanan kat sini. Buah-buah semua. Musim panas kat sini, ada banyak sangat buah. Sampai ada yang tak terasa lagi. Lepas satu musim, musim buah lain pulak yang datang. Musim buah sebelumnya pun tak habis lagi. BEST SANGAT!!

Then, pergi Beit Wafa sambut birthday Kak Mardhiah. Mulanya berat nak pergi, tapi fikir.. periksa, periksa jugak. Ukhwah yang manis jangan masamkan. So, pergilah jugak. Baru tahu dorang nak buat surprise. Ingatkan suka-suka. Lepas tu, makan kek Tanta yang first time Hanum rasakan sedaaaappppp sangat! SERIOUS! Kali ni, i really have to admit this.. Kek tu lagi sedap dari Secret Recipe! Bezanya, Secret Recipe besar and tebal. Itu je!! Dorang bagi Hanum makan nasi ayam jugaakk. SEDAP sangat! 


Alhamdulillah, bukan makanan je Hanum dapat. Hanum dapat tips untuk periksa oral jugak. berdebar dah ni. Dan last thing Hanum MESTI KENA INGAT, jangan pernah putus harapan untuk MUMTAZ. Keputusan periksa itu kerja Allah untuk tentukan. Jangan pernah fikir positive. Tawakal dari mulaaaaa kita belajar. Jangan pernah putus harapan, Hanum. Allah knows the best. Kalau mumtaz itu bukan yang terbaik buat Hanum, maka redha je lah. Allah tahu apa yang mampu dan tak mampu untuk Hanum lalui. Allah itu Adil dan Bijaksana. So, untuk korang juga, jangan pernah putus asa! Jangan pernah sekali pun! Sentiasa mintak MORE kat Allah. Allah suka bila kita tamak dengan Allah tapi kita still ingat Allah. Dah dapat semua, jangan lupa sujud syukur. 

Owh, tips untuk kakak Hanum jugak. Esok dia periksa. Rabbuna Yusahhil, Amirah. Sentiasa saling mendoakan, k? Insya Allah.


Lastly, Thanks untuk semua yang dah tolong Hanum untuk naikkan balik semangat Hanum. Luruskan balik pemikiran Hanum. Dekatkan balik Hanum dengan Allah. Thanks untuk semua! Thanks sangat. Semoga peringatan korang ni bagi balasan yang lebih baik kepada korang. Mumtaz Dunia Akhirat untuk Ummah!!

owh nak tinggal lagi satu pesanan. Tapi taknak specific sangat. Just nak cakap, saya bukan manusia sempurna. DULU atau SEKARANG, saya masih tak sempurna. Tapi saya sedang cuba untuk mendekati kesempurnaan tu. Insya Allah, Allah mudahkan. Oleh itu, saya perlukan orang-orang yang seperti anda semua untuk menyempurnakan saya. Maaf kalau ada yang tak suka dengan perwatakan saya dulu tu. Maaf sebab tak mampu nak happykan semua orang. =D

Sunday, March 25, 2012

Bersukan Rapatkan Ukhwah!

 
Hanum baru balik dari Perubatan Sport's Day. Baru balik? Hehe.. Kelmarin. Hanum join team Basketball Tanta. Kami tak menang pun but overall Tanta dapat number 3. Bila tanya senior, senior kata, besar rahmat dah, dulu, Tanta, orang tak pandang untuk menang pun. HAHA..

3rd~
Tournament kali ni sangat-sangat mengagumkan Hanum. Sangat-sangat buat Hanum nak nangis. Sangat-sangat buat Hanum terharu. Matlamat ukhwah tu, bagi Hanum sangat tercapai. Walaupun kitorang tak adalah kenal mintak number, contact sampai sekarang, tapi, seriously, pengalaman macam ni, Hanum tak pernah dapat dalam mana-mana tournament pun! Kalau dulu, masa archery, olahraga, bola baling kadet polis and semua yang Hanum joined masa sekolah dulu, TAK PERNAH Hanum jumpa ukhwah macam ni.
 
Nak ceritanya.. Seganas mana kitorang main, semangat macam mana pun yang ada untuk berdepan dengan pihak lawan, akhirnya, mesti minta maaf dan peluk balik. And guess what? Biasalah main bola, bila dah kena halang-halang ni, mesti ada yang buat orang lain jatuh kan? Yang bestnya, tengah-tengah lawan tu jugak, pihak lawan tu peluk orang yang jatuh tu balik untuk mintak maaf. Penyokong yang tengok semua tepuk tangan. Bagi Hanum, sangat manis perbuatan tu. Tak ada sikit pun rasa nak marah ke apa.

Lagi best bila masa penutupan. Masa nak umumkan pemenang, Hanum kagum dengan Team Alex. Diorang dapat naib johan. Tapi masa pengumuman Cairo untuk Johan.. Diorang yang sorak dulu, then semua ikut. Nak ceritany, kalau Hanum lah, tak adanya macam dorang. dah tentu2 lah Cairo tu pesaing terkuat Hanum dan dah tentunya Hanum tak sokong diorang. Tapi, yang ni, Alex sokong! Tengoklah ukhwah dorang.. Memang nampak, diorang bukan nak menang pun. Diorang tak kisah pun. Itu yang Hanum sangat-sangat kagum. Manisnya ukhwah diorang..

Time nak balik tu, Tanta keluar dewan dulu. Memandangkan Tanta duduk kat bahagian atad dewan, jadi, Hanum boleh nampak satu dewan lah kan? Masa kami nak balik tu, team-team dari Muhafazah lain semua lambai.. Rasa macam.. Ya Allah, manisnya ukhwah ni.. Kami tak kenal.. Kami tak rapat.. Tapi sambutannya seperti kami rapat yang amat sangat! SANGAT-SANGAT suka waktu tu.. senyum tak kira orang.. Ukhwahnya memang hidup sangat!

Masa Sport's Day tu jugak, Hanum jumpa ramai ex-intersaber! Senior dan rakan-rakan. Tak sangka Kak Fatin Fathini yang dulunya UPNM, pergi Cairo dah sekarang. Tak pasti Al-Azhar atau Cairo University. Jumpa Kak Nasibah Nasir jugak yang dulunya kakak angkat Hanum masa orientasi pelajar Tingkatan 1 yang baru masuk Intersaber dulu. Dia jugak kakak dorm Hanum. Dia masuk team basketball Mansoura, yeap! Dia memang hebat basktball, dari dulu lagi. Jumpa jugak Kak Fareha, Kak Widad ngan Kak Izzati Shariman. Kak Widad tu, Hanum punya ketua rumah dulu.. Tak sangka jumpa lagi! Dan yang paling best, Kak Izzati Shariman belanja makan laksa! XD

Alhamdulillah, selain senior-senior Hanum, Hanum dapat jumpa sahabat-sahabat Hanum yang sama batch dengan Hanum masa kat sekolah dulu. Nadia, Alifah Liyana, Raden Hamizah and Raihan. Hanum tak rapat dengan yang lainnya selain Nadia. Tapi bila Hanum kat Mesir ni, kami seakan-akan rapat je.. oke je semua. Rasa happy sangat.  Hanum sempat makan-makan, spend time dengan Nadia. Kenang balik zaman-zaman sekolah dulu, fikir balik makanan-makanan Malaysia.. Ya Allah, rindunya Hanum dengan mereka!


Friday, February 3, 2012

Exam mode pleasseee ACTIVATE!!

i wonder why.. exam lagi 10 hari je lagi. and setiap kali umi call.. mesti umi ingatkan.. "Aminah, study lah..."

setiap kali tu lah rasa gementar.. ingat Hanum, kau guna duit umi.. duit adik beradik.. ingat...

Hanum selalu fikir.. kakak-kakak and abang-abang tahun 4 and 5 dah seronok dah sekarang. dah ada biasiswa sendiri. dah boleh bercuti pergi Austria, Italy segala. haiihhh!! umi cakap.. kalau nak pergi pun tahun depan baru boleh. tahun ni balik Malaysia dulu. apa pun, bagi Hanum tempat-tempat tu belum penting lagi untuk pergi. Hanum nak pergi Mekah dulu. nak doa banyak-banyak. itu je harapan sekarang ni...

haiih..lari topik da. Hanum tengah cari Exam Mode ni.. petang ni nak pergi rumah Kak Sakinah jap. nak pass buku. but before that nak pergi keluarkan duit dekat Gamaah. rasa macam tak jadi je pergi rumah Kak Sakinah. hari ni ada date dengan umi laaa!adoii.. lupa. tak apalah. family first! esok pergi Souk Gaban (pasar besar) dengan Kak Sakinah. so, esok je la pass barang..

macam mana ni.. exam lagi 10 hari. first sekali Physio.. rasanya Physio better dari Anatomy kot. tak pelah.. still kena belajar. first year ni MESTI KENA SUKA SEMUA subjects. kalau orang arab cakap.. la budda la.. means.. tidak boleh tidak. maksudnya mesti lah.. hehe..

sekarang ni rajin mengira tahu? masalah dengan agent pun buat Hanum mengira. segala ilmu add maths and maths dulu semua keluar. haiih.. ingat lagi dulu.. i love add maths sangaattt! bila dapat jadi tutor add maths untuk tolong kawan-kawan yang lemah.. Hanum rasa seronok sangat.  bila tanya kawan-kawan kat sini.. minat add maths tak.. majority akan cakap TAK... tu sebab dorang amek Medic. haha.. tapi as for me, maths is fun. but still, Hanum suka Biology. kita boleh belajar pasal diri kita. seronok!

dulu selalu borak dengan kak teh guna ilmu-ilmu yang ada. kalau Hanum cerita pasal Biology.. Kak Teh akan relate kan dengan account/business. tapi kan.. seriously, memang boleh buat kaitan pun. boleh aplikasikan! tengok.. ilmu Allah kan? luasnya lah!

haiihh.. exam.. tolong lah takutkan diri ini.. bila tengok kakak2 senior tahun 2 atau 3.. rasa macam.. BESTNYAAAA diorang dapat naik tahun! takut sangat kalau kena resit paper! takuuutt! Nauzubillahi min zalik! tak nak... mintak dijauhkan dan mintak dipermudahkan urusan. Allah knows the best! kalau ada something happened pun.. Allah still knows the BEST! mesti ada sebab kan?

wahai scholarship.. dekatkanlah dirimu dengan diriku..

semalam call umi.. sembang jap. bagitahu umi.. "mi, kalau tak boleh buat first year ni, Aminah nak balik! kahwin terus!" haha.. umi gelak je dengar.. tahu tak? all the times, Hanum rasa sangat bertuah dapat umi yang sangat sporting! boleh bagitahu semua problems. and boleh gurau semua benda. nak cerita pasal kahwin pun boleh. haha. tapi kalau nak cerita pasal ada boyfriend.. err... TT__TT. bukan takut tapi malu kot! haha.. masih ada batas oke?

bila tanya kawan-kawan.. tanya umi sendiri pun.. diorang cakap.. mana nak borak pasal kahwin dengan mak.. segan.. umi pun cakap umi tak borak dengan tok dulu pasal kahwin. segan. pernah je umi tegur.. cakap Hanum berani cakap pasal kahwin dengan umi. tapi Hanum still rasa macam.. bukan nak kahwin betul2 pun. kalau betul-batul.. ye lah segan. ngeee XD

apapun, umi adalah the bestttt mom in the world! korang ada?! XP

anyway, dah masuk topik umi.. so, dah boleh homesick.. adoii.. dah dah dah.. STUDDYYYYYY!!

~SILA KLIK BANYAK2~