HEYYYY!!! Follow me!

Showing posts with label Gifts. Show all posts
Showing posts with label Gifts. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Birthday Presents Lagii~!

Before that, thanks to Hanan, Raihan, Najah and Tiqah for allowing me to use their wifi... THANKS!!! 

Guess what? Dah lebih kurang 20 hari jugaklah kan birthday Hanum lepas kan? tapi still ada yang bagi hadiah!! JENG JENG JENG!!

Mereka itu adalah Kak Mai, Kak Maryam dan tak-tahu-siapa-yang-bagi-sebenarnya sebab diorang tak nak bagitahu sape yang bagi. But still, SAYA SUKAAA!!

BOBO the cow~!
comel kan3??

And ada lagi! Atiqah Syairah bagi. Dia ni sebaya dengan Hanum tapi dia Tahun 2 dah.. XD

owh, dia bagi yang cawan tu.. Yang keychain tu Kak Sakinah yang bagi >,<

Then, ada lagi!!! Ini pulak Beit Wafa dengan Beit Amni yang bagi..  Hadiah Couple punya. Hanum dengan Tiqah dapat..



Thanks kakak-kakak dan sahabat-sahabat seperjuangan saya ni.. XD

So, hasilnya.. Hanum hiaskan semua ni dalam bilik Hanum. Yelah, kat mana lagi kan? -.-


peneman tidurku...


periksa macam mana pun, meja mesti kemas!!


And lastly..
A Very Very BIG HUG to all of you, guys!!
I LOVE YOU SO MUCHH!!

mungkin nampak kecik.. tapi anggap je lah besar hug ni oke?
THANKSSS!!

Sunday, April 8, 2012

Malaysia Oh Malaysia..

Sebelum cerita pasal Malaysia, sukalah Hanum untuk ceritakan kepada semua rakyat jelata bahawasanya Hanum terima 2 lagi hadiah birthday. Sebenarnya, minggu lepas dapat, tapi baru hari ni ada kesempatan untuk tulis. So apa tuu?? hihi

Ini Kak Khadijah belanja! Mula-mula ingat bayar sendiri, jadi Hanum order sikit punya banyak sekali ngan fries ngan nescafe. Oke lagi lah, kawan Hanum lagi mahal kot! Tetiba Kak Dijah kata dia nak belanja untuk birthday Hanum. So, senang hatinya saya! Maaf ye kak. Lain kali bagitahu awal-awal, barulah boleh beli sikit-sikit..hekhek

Ini pulak Kak Sakinah sayang saya bagi. Ada bunyi lagi! Kau  ada? Tak bagi nama lagi. Hanum bukan jenis yang bagi nama kat bear. Tapi diorang dah tanya nak letak nama apa? Haiyoo.. Letak nama Kak Kinah buleh? Haha.. Bear ni cakap "I Love You".. hihi.. I Love You too!!! ngeee..SUKAAAA~!
Kesimpulannya, atas katil Egypt ni, saya dah ada 3 bear. But still rindu bear pink yang umi bagi tu..

Oke, here we go..
Minggu lepas Hanum pergi Cairo untuk program Seminar Agenda Umat. Hanum tak pernah pergi Cairo tanpa pengangkutan yang disediakan, tapi minggu lepas, merasa lah kena pergi sendiri dengan Kak Amal dan Kak Miha. So, dapatlah merasa naik Metro kat Cairo tu. Lepas tu ambil teksi pergi rumah Kak Husna.

Jujurnya, ini kali pertama sepanjang Hanum kat Mesir ni, Hanum sangat-sangat rindukan Malaysia. Tengok Cairo, teringat Kuala Lumpur. Persekitaran  lebih kurang je. Lepas tu, dah balik Tanta ni, bukak facebook, ada pulak yang post gambar steamboat. Hanum bukan orang yang makan seafood. Nak kata tak suka bukan jugak. Nak kata suka pun tak. Sebab hidung Hanum gatal setiap kali makan seafood. Tapi yang sedihnya, kali ni Hanum betul-betul nak pergi makan steamboat. Nak makan kat Tenshi No Cafe, kat Shimino.

Tadi borak dengan kawan Hanum kat Malaysia. Cerita pasal makanan. Nak kena betul budak tu! Sekeh kang! Siap main perli-perli lagi lak tu! Sadis ni.. dengan tiket flight tak book lagi.. 

Sahabat-sahabat blogger.. 
Tolong doakan Hanum..
Mintak dipermudahkan urusan Hanum kat sini, dipermudahkan jawab soalan periksa final nanti, dan diberi rezeki untuk balik Malaysia tahun ni.
Bila kata rezeki, maksudnya, rezeki masa, duit dan semua lah.. Insya Allah..

Umi, Aminah dah rindu umi! Apa nak buat? T__T

Thursday, March 8, 2012

Happy Woman's Day!!

Hanum rasa belum terlambat untuk Hanum ucapkan benda ni. Mungkin kat Malaysia dah terlambat. But still, kat Egypt belum terlambat. Dah lama jugak Hanum cari tarikh Woman's Day ni. Patutlah senior Hanum sebut benda ni tadi.

Tadi baca status abang Hanum, dia ada kat China sekarang atas urusan kerja. Dia tulis, sempena Woman's Day, bos bagi pekerja wanita balik awak dari kerja hari ni.

Apa yang Hanum kagumkan, respect dan sayangnya mereka kepada wanita. Kagum! Malaysia ada? Oke, taknak banding-banding. Kita pun tahu semua tu kan? Woman's Day kat sana, disambut macam tu pun, kira besar rahmat dah. Of courselah kalau bagi cuti terus lagi besar rahmat kan?

Teringat anak sedara Hanum, Fatin. Sekarang dia kat Russia, ambil Medic juga. Masa dia couple dulu, her boyfriend hantar cupcakes untuk hadiah Woman's Day. Comel. Ada 12 kalau tak silap. Bukan berapa atau apa jadi ukuran, tapi penghargaan tu yang dilihat. Sweet.

Jadi, bila ada hari-hari penghargaan buat wanita macam ni, Hanum terfikir. Kenapa Islam dan seluruh bumi ni menghargai wanita (sedang berkata tentang majoriti), tapi wanita sendiri tak menyayangi diri mereka? Islam mengangkat martabat wanita yang dahulunya hanya dipandang sebagai permainan nafsu. Islam memandang tinggi terhadap wanita sehinggakan kunci syurga diletakkan di bawah telapak kaki ibu. Sangat-sangat tinggi martabat wanita itu.

Tapi kenapa wanita sendiri tak menghargainya? Kenapa masih nak mewujudkan keadaan di zaman Jahiliyyah? Apa perlunya pakaian yang tidak menutup aurat itu? Apa perlunya menyebarkan maksiat sendiri di alam maya? Mana letaknya malu kita sebagai wanita? Pernah tak terfikir betapa sedihnya Rasulullah bila tengok kita macam ni? Usaha Rasulullah dulu, dipandang rendah je! Kejam sungguh kita kan?

 Jadi sempena Hari Wanita ni, Hanum nak ucapkan Happy Woman's Day kepada semua wanita di bumi ni. Harapan Hanum, sama-samalah kita hiaskan dunia dengan perhiasan yang sebaik-baiknya. Dan simpanlah apa yang berharga itu hanya untuk mereka yang layak menerimanya. =)

Happy Woman's Day jugak untuk My Mother, Umi.. Puan Shalehah Yahya. I Love You So Much. Thanks sebab bersusah payah lahirkan Aminah untuk bagi Aminah rasa rezeki Allah yang tak terhingga ni. Umi, Aminah sayang umi lebih dari orang lain tau! So, Umi kena sayang Aminah lebih dari orang lain jugak termasuk Kak Ende, Abangcik, Kak Teh, Ciksu, Mirah.. HEHEHE.. XD

~SILA KLIK BANYAK2~