HEYYYY!!! Follow me!

Sunday, October 6, 2013

Peneman Tidurku

Bismillahirrahmanirrahim.

Wahhh.. sapu-sapu sikit habuk yang ada dalam blog ni. Sangat lama rasanya tak update blog ni. Tiada perkongsian lagi. Membaca tidak, idea pun tak datang lah. heipp! Hanum ni malas!

Ok ok. Perkongsian hari ni. Nak kongsi tentang buku yang Hanum baru je beli dekat Wangsa Walk hari tu. Masa beli tu, tinggal 1 je lagi. Alhamdulillah, sempat! hihi..

Tajuk: Kujemput Jodohku
Penulis: Fadhlan Al-Ikhwani
Harga: RM11.50
Motif beli: Kuatkan semangat yang hilang.. sob sob. eceehh!



Sebenarnya, hari tu saje-saje je masuk kedai Popular tu. terdetik nak cari buku Fatimah Syarha tapi tak jumpa. Cari buku Hilal Asyraf jugak, pun tak jumpa. Nampaknya kedai kat Jalan TAR jugak yang best. 

Maka, jalan punya jalan, ternampak lah buku nipis yang sampai sekarang tak habis baca jugak lagi. 
Tajuk buku ni macam orang tak sabar kahwin pun ada kan? hihi. Tapi setakat apa yang Hanum baca, buku ni more kepada orang yang putus chenta. sob sob.

Tapi balik kepada jalan utama. Bangun balik, ingat balik janji Allah.
Ada satu ayat yang buat Hanum tertarik..

"Wahai Saudaraku, sekiranya pada waktu ini kita sedang bersendiri menanti pujaan hati, yakin yang dirinya juga sedang melakukan perkara yang sama. Dia sedang dididik dan ditempa oleh Allah swt bagi menjadi pendamping lelaki pilihan sepertimu"

Terus-terusan yakin, future husband tengah buat apa yang kita buat. Pandailah dia cari kita. Heehehe.. Setiap kali rasa nak kahwin, terus fikir ayat ni. Ya, dia pun fikir hal yang sama. Dia pun tengah cari kita. Dalam masa dia mencari, jom kita didik diri. hihi

Dalam masa excited rasa nak kahwinnnn je, banyak teguran yang Allah beri. Secara direct dan indirect. 
Teguran yang paling menikam jiwaaa, datangnya dari umi..

Tak berapa ingat macam mana dapat buka topik ni, tapi ayat umi..
"Aminah kena ingat, Allah dah janji, pasangan kita ni lah yang terbaik buat kita. Dan kalau baik kita, baik jugaklah pasangan kita. Kalau buruk perangai kita, buruk jugaklah pasangan kita. cuba tengok tuttt dan tuttt.. nampak tak kat mana persamaan diorang? Jadi dari sekarang lah nak didik diri.."

Teringat pulak kata-kata yang Hanum baca dari facebook
"Jangan sekadar mengimpikan pasangan yang bagaimana yang kita inginkan tapi jadilah seperti apa yang kita impikan itu"

Didik diri dari sekarang. Rajinkan diri dari sekarang. Solehahkan diri dari sekarang.
Dan yang paling mudah tapi susah nak buat..
Maniskan diri dengan senyuman dari sekarang!

Jadi anak terbaik untuk ummi abah,
jadi isteri terbaik untuk suami, 
jadi ibu terbaik untuk anak,
InsyaAllah.

Hanum! Jangan fikir kahwin je! Banyak lagi tanggungjawab tak langsai ni! *facepalm* 
 

1 comment:

✿✿PuTri BlOggER✿✿ said...

salam hye..singgah jap.....sambil tuu follow jap.....wah menariknyeee blog awk....senang2 meh dtg blog sy..jgn luper tinggalkan jejak ya

~SILA KLIK BANYAK2~