HEYYYY!!! Follow me!

Monday, July 22, 2013

Muhasabah: Ubat Itu Pahit Tapi..

Terdetik nak muhasabah diri hari ni. Demam YB tu baru nak sembuh. Semalam batuk makin teruk. Bila batuk menjadi, asthma pun teruk jugalah. Nak tak nak kena jugaklah YB tu sedut inhaler tu. Dia cakap, "tak suka nak sedut inhaler ni. Pahit"

Hanum dulu pernah terdetik nak rasa inhaler tu tapi sebab takut, Hanum abaikan perasaan tu.

Inhaler tu pahit katanya. Hanum terdetik, ubat tu pahit. Siapa yang suka makan ubat? Ya, ada. Tapi itu golongan terkecuali. Paling-paling best pun ubat yang nak dimakan, ubat batuk. Ya, ubat batuk Breacol. Memang sedap hingga menjilat jari..

Apa yang terdetik kat hati ni adalah, ubat tu pahit tapi, menyembuhkan, melegakan. Hanum cuba applykan dalam hidup kita. Benda common. Benda biasa. Tapi sejauh mana kita masukkan kebiasaan tu dalam hati kita ya?

Ini apa yang Hanum fikir. Demam tu masalah, dugaan dan cabaran hidup kita. Tapi semua tu perlu diselesaikan dengan pengorbanan. Pengorbanan tu lah ubat kita. Perit, pahit, pedih, sedih dan banjir. Eh, banjir? Faham sendiri lah ok?

Tapi ubat tu melegakan. Maknanya, pengorbanan kita tu insyaAllah berbaloi. Itu yang Hanum terdetik. Aplikasi ubat dan masalah kehidupan. Nak tak nak, kena jugak lalui susah, pahit, banjir tu untuk dapatkan bahagia tu.

Cumanya, dalam apa yang Hanum lalui sekarang ni, Hanum tak tahu. Yang mana satu perlu dikorbankan? Perasaan sendiri atau persahabatan tu. Mampukah teruskan persahabatan tanpa perasaan tu? Susah, ya susah. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Tapi, mampu jugakkah Hanum nak tinggalkan terus?

Apapun, Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, rasa tu mula hilang. Cuma belum sepenuhnya. Pegang janji Allah, kalau kita bersedia, Allah tunjukkan, Allah mudahkan. Selagi Allah tak mudahkan, selagi tu lah kita belum bersedia. Allah kan tahu yang terbaik? Siapa kita untuk mempertikai?

Jarang dah muhasabah sejak kebelakangan ni. Tapi sebolehnya Hanum cuba duduk diam, ambil seminit dua untuk fikir. Ambil ibrah keadaan sekeliling. Dan akhirnya cuba muhasabah diri sendiri. Dan setiap kali muhasabah, Hanum nak lah kongsi. Bukan untuk berlagak, tapi kadang-kadang muhasabah kita tu rezeki kita. Rezeki yang Allah nak kita kongsi dengan orang lain. Sebab tu Hanum nak kongsi apa yang Hanum rasa.

Terasa jauh pulak dengan Allah. Allah dekat sangat dengan kita. Tapi kita buat tak endah pulak. Termenung fikir plan Ramadhan tahun ni. Termenung bayang mutabaah amal semenjak balik Malayisa. Banyaknya rongak, Hanum... Ya Rabb, selalulah tegur aku.. T.T

Allah tegur Hanum, Hanum je buat tak endah... T.T

Try baiki mutabaah amal untuk Ramadhan kali ni. Try ambil seminit dua lepas solat untuk muhasabah diri. Dan, try jugak lembutkan hati, menangis sebab kerdilnya diri..

Semoga Allah terus kuatkan kita, terus mudahkan urusan kita. Amin..

No comments:

~SILA KLIK BANYAK2~