HEYYYY!!! Follow me!

Saturday, August 11, 2012

Check Hubungan Dengan Allah?

Alhamdulillah.. Hanum dah sampai Malaysia ni sebenarnya sangat lama dah.. Tapi sangat2 tak berpeluang nak update blog. Anggap je lah Hanum malas eh? hehe.. 

So, tajuk hari ni, check hubungan dengan Allah?
Sebenarnya macam ni, semalam Hanum pergi training untuk Senior Consultant. Sekali dengan Atiqah Bazilah! Yeeyy! Pergi tu oke je. Tyka ni Hanum kenal sebab dia lah girlfriend Zul tu. Rasa seronok sebab sekarang dah boleh ngendeng2 dengan Tyka. Dah boleh gurau senda, kan? Then, balik tu, ada lah benda yang tak kena jadi. Eh, jangan salah faham, bukan pasal hubungan kitorang.

Bila masalah tu dah jadi, Hanum fikir, kat mana salah aku ya?
Hanum coach Tyka, tapi semalam Tyka menangis bila tengok semua tu. Rasa gagal sangat. Tengok dia menangis pun dah rasa failed.. Dia ikut semua arahan tu.. So, Hanum lost sangat.. tak tahu nak buat apa..
Termenung.. "Kat mana salah aku?"

Then, malam tu, ada lah stress sikit. Call Ana jap. Borak punya borak. Dapatlah tazkirah yang buatkan Hanum terfikir something.

"Niat untuk mencari keredhaan Allah, Dapat redha Allah, insyaAllah urusan kau mudah, Aminah.. percayalah"
itu yang Ana ingatkan Hanum, semalam.

Jadi Hanum terfikir,cari redha Allah, bukan sekadar niat kan? kita kena usaha. Nak cari rezeki Allah, bukan kena tunggu kan? Kita kena usaha. Kalau usaha lemah, pastu nak cakap tak ada rezeki.. Allah suka ke? 

Teringat Kak Bello cakap,
"Kalau korang sangat2 nak mumtaz, nak jayyid jiddan.. buatlah solat hajat 12 rakaat setiap malam..."
Apply lah dalam kehidupan seharian.

Masa kat Mesir, senangnya nak buat kan? Dah sampai malaysia, beratnya tulang! haiyaa! Kan? Dah nampak dah salah Hanum kat mana. Hubungan dengan Allah, Hanum tak jaga.. Macam mana Allah nak tolong customer Hanum untuk dapat result?

Cukup ke sekadar amalan wajib?
Cukup ke sekadar menunaikan solat?
Cukup ke?

Kalau untuk benda lain, kita boleh lebihkan.. Tapi kenapa tak dengan Allah?

So, sekarang, Hanum nak ajak kawan2 semua.. sekali ngan Hanum.. buat perubahan jom? kita berubah sama-sama. check balik hubungan kita dengan Allah macam mana. Kenapa Allah tak mudahkan urusan kita.. Setinggi manakah cinta kita pada Allah? Jom check sama-sama jom! =)

No comments:

~SILA KLIK BANYAK2~